Kandungan
Apa Itu BAYU?
Tawaran kemasukan ke universiti memang menggembirakan, tetapi kadangkala ia juga datang dengan beban kewangan yang besar. Yuran pengajian, kos sara hidup, serta peralatan pembelajaran boleh menimbulkan tekanan bagi sesetengah keluarga. Namun, untuk mahasiswa yang berasal dari Selangor, kini ada sinar harapan berkat Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
BAYU adalah inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban kewangan mahasiswa yang berasal dari keluarga B40 dan M40, terutamanya daripada golongan B10. Melalui bantuan ini, pelajar berpeluang menerima bantuan kewangan untuk menampung sebahagian yuran pengajian mereka. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) sebagai agensi pelaksana.
BAYU menyediakan bantuan kewangan antara RM500 hingga RM1,000 yang boleh digunakan untuk yuran pengajian di universiti. Program ini bertujuan untuk membantu sekurang-kurangnya 2,500 orang pelajar setiap tahun. Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2021, lebih RM16 juta telah diperuntukkan bagi manfaat pelajar di negeri Selangor.
Siapa Yang Layak Memohon Bantuan Asas Yuran Universiti BAYU?
Untuk memohon bantuan ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi:
- Pemohon mesti merupakan anak Selangor.
- Pemohon mestilah dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
- Keluarga pemohon mestilah tergolong dalam kategori B40 atau M40, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga dalam kategori B10.
Jika anda memenuhi kriteria di atas, anda berpeluang untuk menerima bantuan kewangan ini.
Kenapa BAYU Penting?
BAYU bukan sekadar bantuan kewangan biasa. Ia memberikan peluang kepada anak-anak Selangor, khususnya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa dibebani masalah kewangan. Ini memberikan impak besar terhadap:
- Mengurangkan Keciciran Pelajar: Dengan adanya bantuan kewangan ini, pelajar tidak lagi perlu berhenti belajar disebabkan masalah kewangan.
- Meningkatkan Taraf Pendidikan Negeri Selangor: Lebih ramai pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka akan meningkatkan kualiti pendidikan di Selangor.
- Melahirkan Modal Insan Berkualiti: Pendidikan yang baik memberi peluang kepada anak-anak Selangor untuk menjadi tenaga kerja yang berkelayakan dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Bagaimana Cara Memohon?
Untuk memohon BAYU, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Semak Program Pengajian di UNISEL: Lawati laman web Universiti Selangor (UNISEL) untuk menyemak senarai program yang ditawarkan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
- Pendaftaran Program: Bagi sesi pengajian yang bermula pada bulan Ogos 2024, pendaftaran dibuka pada:
- 1 Ogos 2024 (Khamis) untuk program Asasi.
- 29 Ogos 2024 (Khamis) untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Buat Permohonan Secara Dalam Talian: Anda boleh memohon secara dalam talian melalui portal permohonan rasmi UNISEL di http://apply.unisel.edu.my.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Bantuan Asas Yuran Universiti
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai BAYU, anda boleh menghubungi pihak UNISEL atau terus berhubung melalui WhatsApp dengan staf yang bertugas:
- Cik Noor Suraya:Klik di sini untuk hubungi
- Cik Rehan:Klik di sini untuk hubungi
- Encik Fadly:Klik di sini untuk hubungi
- Cik Bunga:Klik di sini untuk hubungi
Atau, hubungi talian hotline UNISEL di 03-5522 3400.
Jangan Lepaskan Peluang!
Jangan tunggu lagi, manfaatkan peluang ini secepat mungkin. Dengan bantuan kewangan dari BAYU, ia dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga dan memberi peluang kepada lebih ramai anak Selangor untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Segera daftar dan pastikan permohonan anda lengkap. Mungkin inilah peluang keemasan yang anda tunggu!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang BAYU, layari laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor di https://www.selangorpenyayang.com/.
Artikel Lain
Permohonan Skim Air Darul Ehsan(SADE)