Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450
Kerajaan Negeri Sarawak menawarkan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak. Bantuan ini bertujuan untuk membantu para ibu dalam memenuhi keperluan selepas bersalin, termasuk pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang. Inisiatif ini telah dimulakan sejak 1 Januari 2020 dan terbuka kepada semua ibu yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Berikut adalah maklumat lengkap mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB), termasuk cara permohonan, syarat kelayakan, dan dokumen yang diperlukan.
Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah pemberian tunai sebanyak RM450 kepada ibu yang melahirkan anak, bertujuan untuk meringankan bebanan kos selepas bersalin. Bantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam Belanjawan Negeri 2020 pada 4 November 2019. Bantuan ini tidak mengenal latar belakang bangsa, agama, atau status sosio-ekonomi, dan terbuka kepada semua ibu yang berstatus “K” (pemegang MyKAD Sarawak).
Syarat Kelayakan
Untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
- Warganegara Malaysia.
- Ibu perlu melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luar Sarawak.
- Ibu merupakan pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”.
- Permohonan perlu dibuat antara usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
- Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.
Dokumen Yang Wajib Disertakan
Bagi permohonan Bantuan IbuBersalin, berikut adalah dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport ibu.
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport pasangan atau penjaga.
- Salinan sijil perkahwinan jika pemohon bukan berstatus “K”.
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
- Salinan penyata akaun bank terkini.
- Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil lahir bayi.
Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat. Bagi permohonan secara dalam talian, dokumen-dokumen ini hanya perlu dilampirkan semasa mengisi borang secara dalam talian.
Cara Memohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak
1. Permohonan Secara Online:
Permohonan dalam talian boleh dibuat melalui portal iSarawakCare. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
- Layari iSarawakCare.
- Isi borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Selepas permohonan dihantar, pihak KPWK akan melakukan semakan dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
- Pembayaran akan dilakukan dalam anggaran 7 hingga 14 hari selepas semakan selesai. Pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.
2. Permohonan Secara Manual:
Jika anda ingin memohon secara manual, borang permohonan boleh didapati di lokasi berikut:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah Negeri Sarawak.
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
- Pejabat Urus Setia BIB (di Kuching sahaja).
Borang yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana lokasi yang dinyatakan di atas.
Maklumat Penting
- Permohonan harus dilakukan antara usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
- Permohonan hanya sah selama 6 bulan dari tarikh permohonan. Jika dokumen lengkap tidak diterima dalam tempoh tersebut, permohonan akan ditolak secara automatik.
- Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
Semakan Bantuan dan Maklumat Lanjut
Pemohon boleh melakukan semakan status permohonan melalui platform berikut:
- WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja).
- iSarawakCare: Untuk permohonan secara online.
Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Urus Setia Bantuan IbuBersalin melalui emel di [email protected] atau hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang).
Soalan Lazim
1. Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
- Online: Melalui portal iSarawakCare.
- Manual: Borang boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, atau Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja).
2. Berapa kali saya boleh memohon Bantuan IbuBersalin?
- Setiap kali melahirkan anak, dengan syarat permohonan dilakukan dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.
3. Adakah saya layak jika sudah bersalin lebih dari 3 bulan?
- Tidak, permohonan hanya sah dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.
4. Bolehkah saya menggunakan akaun bank suami/penjaga untuk menerima Bantuan Ibu Bersalin?
- Ya, tetapi perlu memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Setiausaha Tetap, KPWK.
Artikel Lain
Takwim Sekolah 2025 / 2026 Kalendar Akademik & Bila Cuti KPM