BAS.MY Seremban Bus Schedules Routes & Updates

APA ITU BAS.MY?

Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti / Stage Bus Service Transformation (SBST) BAS.MY di Seremban (Pakej B – Koridor Kuala Klawang, Koridor Kuala Pilah/Bahau dan Koridor Port Dickson) yang telah disempurnakan oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan.

Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Seremban ini telah dijenamakan semula dengan nama BAS.MY dengan keseluruhan peruntukan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia sejumlah RM 36 juta setiap tahun untuk tempoh masa 5 tahun akan datang bagi Pakej A (RM 20 juta) dan Pakej B (RM 16 juta) yang perkhidmatanya meliputi hampir semua daerah di Negeri Sembilan. Hampir 100 bas yang digunakan untuk BASMY Seremban adalah kesemuanya bas baharu yang berwarna pink yang ceria dan memberikan wajah yang baru.

Beberapa insiatif juga telah diumumkan untuk menaikkan ridership dan menambahbaik perkhidmatan BAS.MY Seremban. Antaranya:-

SISTEM BAYARAN TANPA TUNAI

Bagi memudahkan penumpang membuat bayaran tambang ketika menggunakan perkhimatan BAS.MY Seremban, kemudahan pembayaran tanpa tunai akan diperkenalkan. Apabila diperkenalkan pengguna boleh menggunakan kad debit / kredit, kad prabayar atau pembayaran menggunakan e-wallet melalui QR code. Dengan mod-mod pembayaran ini, diharapkan ia akan memudahkan rakyat menggunakan perkhidmatan bas dan seterusnya menggalakkan lagi rakyat menggunakan pengangkutan awam darat.

TAMBANG PERCUMA BAS.MY Seremban – KAD KONSESI

Bagi membantu golongan warga emas, OKU dan pelajar sekolah, BAS.MY Seremban akan meneruskan inisiatif tambang percuma konsesi. Yang dilancarkan sebelum ini melalui BAS.MY Konsesi. Di bawah inisiatif ini, golongan warga emas, OKU dan pelajar sekolah boleh menikmati tambang percuma apabila menggunakan perkhidmatan BAS.MY Seremban. Dengan syarat golongan ini perlu mendaftar bagi menikmati tambang percuma ini. Pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja, apabila pendaftaran dibuka kelak dan pendaftaran ini kekal selagi mana mereka tergolong dalam golongan warga emas, OKU dan pelajar sekolah.

PERKHIDMATAN BAS.MY MEDIK

Sebagai perkhidmatan tambahan kepada rakyat Seremban dan Negeri Sembilan, saya ingin mengumumkan sebagai salah satu kehendak Perjanjian Perkhidmatan.

Pengendali yang dilantik dikehendaki untuk menyediakan satu perkhidmatan pintu ke pintu. Ianya adalah secara tempahan bagi membawa pesakit mobiliti terhad. Seperti pesakit berkerusi roda khusus untuk tujuan rawatan perubatan seperti ke pusat dialisis atau rawatan di hospital yang dikenali sebagai BAS.MY Medik. Perkhidmatan ini ada perkhidmatan berbayar dengan tambang yang minima yang akan dikenakan.

Selain daripada 3 insiatif ini, 2 lagi inisiatif baharu juga akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi. Ianya yang secara langsung akan membantu menaikkan ridership untuk kesemua bas dalam program BASMY Seremban.

Ini adalah antara komitmen kerajaan dalam menyediakan peruntukan yang besar untuk pengangkutan awam dan mengurangkan beban rakyat. Berkaitan kos tambang dan juga mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang berkualiti.

Artikel Lain

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) 2025 Permohonan Pendaftaran

Kongsi artikel kami ini ke :