Apa Itu e-Baucar Buku Kita Selangor?
Berita baik untuk mahasiswa dan pelajar anak Selangor yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan IPTA! Mulai minggu hadapan, mereka akan menerima e-Baucar Buku Kita Selangor bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk membeli buku dan bahan pengajian secara digital.
Inisiatif ini merupakan salah satu janji yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos lalu dan kini telah mula dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Manifesto Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari selepas PRN.
e-Baucar Buku Kita Selangor adalah baucar yang diberikan kepada mahasiswa anak Selangor untuk membeli buku ilmiah dan bahan pengajian melalui platform dalam talian Perbadanan Kota Buku. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk terus menyokong pembinaan sahsiah dan keilmuan mahasiswa melalui pembacaan buku-buku yang bermanfaat dalam pengajian mereka.
Baucar ini bernilai RM200 seorang dan boleh ditebus dalam tempoh tertentu. Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan golongan mahasiswa, terutama bagi mereka yang termasuk dalam kategori asnaf dan golongan sasaran.
Kriteria Penerima dan Pemberian Baucar
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 1,000 orang mahasiswa anak Selangor yang sedang menuntut di pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh negara. Antara universiti yang terlibat termasuk:
- Universiti Selangor (Unisel)
- Universiti Islam Selangor (UIS)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)
Mahasiswa yang layak menerima e-Baucar Buku Kita Selangor ini boleh membuat pembelian buku ilmiah secara dalam talian menggunakan baucar yang diterima, yang boleh ditebus di Perbadanan Kota Buku.
Tempoh Penebusan Baucar
Penebusan eBaucar Buku Kita Selangor boleh dilakukan mulai minggu hadapan dan terhad sehingga (akan dikemaskini). Oleh itu, mahasiswa yang layak dinasihatkan untuk menggunakan peluang ini sebelum tarikh tutup bagi mendapatkan buku-buku yang diperlukan untuk pengajian mereka.
Cara Menebus Baucar Buku Kita Selangor
Mahasiswa yang layak boleh menebus baucar ini melalui platform Perbadanan Kota Buku di laman web rasmi mereka:
https://mall.bookcapital.com.my/
Dengan pemberian inisiatif e-baucar ini, diharapkan mahasiswa dapat memanfaatkan peluang untuk meningkatkan kecemerlangan akademik mereka melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah yang relevan dan bermanfaat.
Artikel Lain
Iltizam Anak Selangor Permohonan Bantuan Caruman RM100