Kandungan
Berapa Caj Beg Plastik Negeri Selangor?
Mulai tahun 2020 hingga 2023, tindakan mengenakan caj RM0.20 untuk penggunaan beg plastik di Selangor telah berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM38 juta. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk menyokong inisiatif kelestarian negeri, termasuk pemasangan lampu solar, projek komuniti, dan aktiviti alam sekitar.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri juga mengumumkan penganjuran Karnival Alam Sekitar yang bertujuan memanfaatkan dana daripada kutipan caj beg plastik. Dalam acara ini, satu kajian bersama orang awam akan dilaksanakan untuk menilai keperluan menaikkan caj RM0.20 bagi beg plastik. Hasil kajian tersebut akan diteliti, dan jika ada perubahan dalam kadar caj, pengumuman rasmi akan dibuat kepada orang ramai.
Langkah ini selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1), yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian dengan mengurangkan penggunaan sisa plastik di kalangan penduduk Selangor secara berperingkat.
Tiada Lagi Beg Plastik Di 20 Pasar Raya Besar, Kedai Serbaneka, Farmasi
Mulai 1 Oktober ini, sebanyak 20 pasaraya besar, kedai serbaneka, dan rangkaian farmasi akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya di lebih 8,000 premis perniagaan mereka. Antara syarikat yang terlibat dalam inisiatif ini adalah 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart, dan Guardian.
Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan ia selaras dengan kempen Tiada Beg Plastik Sekali Guna yang dilaksanakan secara berkala di negara ini. Melalui langkah ini, dianggarkan sebanyak 200 juta beg plastik dapat dikurangkan dalam tempoh setahun, sekali gus membantu mengurangkan beban di tapak pelupusan sampah negara.
Pada masa ini, kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang tinggi, iaitu sekitar RM2 bilion setiap tahun. Pelaksanaan inisiatif ini dijangka dapat meringankan tekanan terhadap kos tersebut.
Secara keseluruhannya, Malaysia kini mempunyai 114 tapak pelupusan tidak sanitari dan 22 tapak pelupusan sanitari.
Selangor Bercadang Larang Guna Beg Plastik, Pada Setiap Jumaat Hingga Ahad – Mulai 2025
Selangor menjadi salah satu negeri terkemuka dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik di pasaran. Terbaru, kementerian negeri telah mengumumkan cadangan untuk melaksanakan larangan penggunaan beg plastik di semua premis perniagaan di negeri ini pada setiap Jumaat hingga Ahad, yang akan berkuat kuasa mulai tahun 2025.
Artikel Lain
Iltizam Selangor Sihat 2025: Permohonan Semak Status Syarat