Cara Buat Passport Malaysia(Dokumen Harga Saiz Ukuran Gambar)

Cara Buat Passport Malaysia

Jika anda ingin buat passport Malaysia, penting untuk memastikan anda membawa dokumen yang lengkap bagi memudahkan proses permohonan. Tanpa dokumen yang lengkap, permohonan anda tidak akan diproses oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Berikut adalah panduan ringkas mengenai Cara Buat Passport Malaysia,dokumen yang diperlukan, bergantung kepada umur dan status pemohon.

Dokumen Diperlukan Untuk Buat Passport Malaysia

Pasport Malaysia adalah dokumen perjalanan yang sah untuk warganegara Malaysia yang ingin keluar negara. Pasport ini sah selama lima tahun dari tarikh dikeluarkan. Bagi pemohon kali pertama, anda perlu hadir sendiri ke pejabat imigresen bersama dokumen yang lengkap.

Dokumen Untuk Pemohon Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas

Bergantung kepada status kelahiran, berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  1. Pemohon Lahir di Malaysia
    • MyKad pemohon
    • Sekiranya tidak mempunyai MyKad, sediakan Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09)
  2. Pemohon Lahir Luar Negara
    • MyKad pemohon
    • Borang W atau Sijil Lahir
    • Sijil Perakuan Taraf atau Pengesahan Taraf Warganegara
    • Dokumen perjalanan (pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia)
  3. Pemohon dari Sabah atau Sarawak (permohonan di Semenanjung Malaysia)
    • MyKad dan Sijil Lahir
    • Jika MyKad tiada tanda ‘H’ (Sabah) atau ‘K’ (Sarawak), ia perlu diselaraskan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    • Sekiranya tiada MyKad, Kad Pengenalan Sementara dan Sijil Lahir diperlukan.
    • Permohonan akan dirujuk ke pejabat imigresen Sabah atau Sarawak, dan kelulusan akan dimaklumkan dalam tempoh lima hari bekerja.
  4. Pegawai Tentera atau Polis
    • Kad Pengenalan Tentera atau Kad Pengenalan Polis
    • Sijil Lahir

Dokumen Untuk Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun

Dokumen yang diperlukan untuk pemohon di bawah 18 tahun adalah seperti berikut:

  1. Pemohon Lahir di Malaysia
    • MyKad atau MyKid pemohon
    • Sijil Lahir pemohon
    • MyKad ibu atau bapa (perlu hadir bersama)
  2. Pemohon Lahir Luar Negara
    • MyKad atau MyKid pemohon
    • Borang W, Sijil Lahir atau Sijil Perakuan Taraf
    • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa kembali ke Malaysia
    • MyKad ibu atau bapa (perlu hadir bersama)
  3. Pemohon Dari Sabah/Sarawak (permohonan di Semenanjung Malaysia)
    • MyKad atau MyKid pemohon
    • Sijil Lahir
    • Borang W atau Sijil Perakuan Taraf
    • MyKad ibu atau bapa (perlu hadir bersama)
    • Jika MyKad tiada tanda ‘H’ atau ‘K’, ia perlu diselaraskan di JPN.
  4. Keadaan Khas (Contoh: Ibu/Bapa Meninggal Dunia atau Bercerai)
    • MyKad atau MyKid pemohon
    • Sijil Lahir pemohon
    • Jika ibu/bapa meninggal, sediakan Sijil Kematian ibu/bapa dan Surat Sumpah hak penjagaan oleh penjaga sah.
    • Jika ibu/bapa bercerai, sediakan Surat Mahkamah hak penjagaan anak.
  5. Pemohon Anak Angkat
    • MyKad atau MyKid pemohon
    • Sijil Anak Angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • MyKad ibu/bapa angkat
  6. Pemohon Sudah Berkahwin
    • MyKad pemohon
    • Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika sudah bercerai)

Saiz dan Ukuran Gambar Pasport(Cara Buat Passport)

Gambar pasport bukan sahaja diperlukan untuk permohonan pasport, tetapi juga untuk urusan rasmi lain seperti visa, kad pengenalan, lesen memandu, kad pelajar, dan lain-lain. Oleh itu, penting untuk memastikan gambar yang diambil memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah semasa permohonan.

Kegunaan Gambar Pasport

Berikut adalah beberapa kegunaan utama gambar pasport:

  • Membuat pasport Malaysia di bawah Jabatan Imigresen Malaysia
  • Permohonan kad pengenalan, lesen memandu, kad matrik pelajar, dan dokumen rasmi lain
  • Melengkapkan borang permohonan untuk sekolah, pekerjaan, visa, dan sebagainya
  • Sebagai lampiran dalam resume atau urusan rasmi

Spesifikasi Gambar Pasport

Untuk memastikan gambar pasport anda diterima, perhatikan spesifikasi berikut:

  • Warna latar belakang: Putih, biru, atau merah (mengikut kegunaan tertentu)
    • Putih: Kad pengenalan, visa, kad nikah
    • Merah: Untuk tentera
    • Biru: Untuk urusan pekerjaan, sekolah/kolej/universiti, borang nikah, dan permit kerja
  • Resolusi: 600 DPI
  • Kepala dalam gambar: 70-80% dari gambar, diukur dari bawah dagu ke bahagian atas kepala
  • Kualiti imej:
    • Fokus yang jelas dan tinggi
    • Tiada ‘redeye’
    • Tiada bayang-bayang
    • Gambar mesti terang dan jelas

Ukuran Gambar Pasport

Berikut adalah ukuran gambar pasport yang perlu diambil:

  • Saiz fizikal:
    • Tinggi: 50 mm
    • Lebar: 35 mm (3.5 cm x 5.0 cm)
  • Saiz digital:
    • Tinggi: 1500 piksel
    • Lebar: 1050 piksel

Cara Ambil Gambar Pasport dengan Betul(Cara Buat Passport)

Berikut adalah beberapa tips untuk mengambil gambar pasport yang memenuhi syarat:

  1. Peralatan: Gunakan kamera digital berkualiti tinggi untuk gambar yang jelas.
  2. Latar belakang: Pilih latar belakang yang bersih dan biasa, seperti dinding putih. Pastikan tiada objek lain di latar belakang yang mengganggu.
  3. Pencahayaan: Elakkan bayang-bayang di wajah dan latar belakang. Menghadap sumber cahaya yang natural seperti tingkap dapat membantu mengurangkan bayang-bayang.
  4. Ekspresi wajah:
    • Ekspresi neutral tanpa senyuman berlebihan
    • Pandang terus ke kamera
    • Pastikan mata terbuka dan mulut ditutup
    • Bagi wanita bertudung, pastikan tudung berwarna gelap, tidak bercorak, dan tidak menutupi dahi
  5. Pakaian dan aksesori:
    • Jangan memakai topi atau aksesori yang menutup wajah
    • Jika memakai tudung, pilih tudung yang plain (tanpa corak)

Harga Pasport Malaysia Terkini (2024)

KategoriHarga
Pembaharuan Pasport LamaRM300
Pembaharuan Pasport (13-59 Tahun)RM200
Pembaharuan Pasport (Warga Emas 60 Tahun ke Atas)RM100
Pembuatan Pasport untuk Jemaah HajiRM100
Pembaharuan Pasport (Tempoh 5 Tahun)RM200
Pembaharuan Pasport (Kanak-kanak 12 Tahun dan Ke Bawah)RM100
Pembaharuan Pasport untuk OKUPERCUMA / FREE

Artikel Lain

Semakan Pengambilan Permohonan MyKid JPN(Pengesahan Cetakan)

Kongsi artikel kami ini ke :