1.Apa Itu e-Insolvensi?
Portal e-Insolvensi merupakan modul perkhidmatan di bawah Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST), yang dikelola oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Ia menyediakan perkhidmatan kepada orang awam untuk memudahkan semakan status kebankrapan individu serta status penggulungan syarikat. Selain itu, portal ini juga memudahkan proses pembayaran ansuran bulanan kebankrapan secara dalam talian.
Berikut adalah panduan lengkap untuk menggunakan portal eInsolvensi bagi pelbagai keperluan, termasuk semakan status, pendaftaran pengguna, serta pembayaran ansuran bulanan.
2. Pendaftaran Pengguna Baru di Portal e-Insolvensi
Untuk memulakan, pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu di portal eInsolvensi. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk pendaftaran:
- Langkah 1: Layari laman portal eInsolvensi
- Langkah 2: Klik pada butang “Daftar Baru” untuk memulakan proses pendaftaran.
- Langkah 3: Isi borang pendaftaran dengan lengkap dan betul. Pastikan semua maklumat yang diminta adalah tepat.
- Langkah 4: Klik “Hantar” untuk menghantar permohonan pendaftaran.
- Langkah 5: Setelah pendaftaran selesai, anda boleh log masuk menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan.
3. Cara Log Masuk ke Portal e-Insolvensi
Setelah mendaftar, anda perlu log masuk ke portal setiap kali ingin mengakses maklumat atau melakukan semakan. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Layari semula eInsolvensi
- Langkah 2: Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan.
- Langkah 3: Klik “Login” untuk mengakses portal dan memulakan semakan atau tindakan lain.
4. Semakan Status Kebankrapan Individu
Untuk membuat semakan status kebankrapan individu, ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Log masuk ke portal e-Insolvensi.
- Langkah 2: Pilih “Semakan Status Kebankrapan Individu”.
- Langkah 3: Masukkan Nama Individu seperti dalam rekod MyKad.
- Langkah 4: Masukkan No. MyKad baru (tanpa tanda ‘-‘) dan No. KP Lama jika ada.
- Langkah 5: Jika ingin membuat carian menggunakan nombor Polis/Tentera/Passport, masukkan nombor tersebut di ruang yang disediakan.
- Langkah 6: Klik Tambah, dan maklumat akan dipaparkan di dalam jadual semakan.
5. Semakan Status Penggulungan Syarikat
Untuk memeriksa status penggulungan syarikat, ikuti langkah berikut:
- Langkah 1: Log masuk ke portal e-Insolvensi.
- Langkah 2: Pilih “Carian Status Penggulungan Syarikat”.
- Langkah 3: Masukkan Nama Syarikat dan No. Pendaftaran Syarikat (baik yang baru atau lama) seperti yang tertera dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Langkah 4: Klik Tambah, dan maklumat yang telah dimasukkan akan dipaparkan dalam jadual.
6. Cara Bayar Ansuran Insolvensi Secara Dalam Talian
Portal e-Insolvensi juga memudahkan proses pembayaran ansuran bulanan kebankrapan melalui kaedah FPX (Financial Process Exchange) yang disediakan oleh perbankan internet. Berikut adalah langkah-langkah pembayaran:
- Langkah 1: Log masuk ke portal e-Insolvensi.
- Langkah 2: Pilih menu Pembayaran Ansuran.
- Langkah 3: Anda akan dibawa ke portal perbankan internet untuk memilih kaedah pembayaran FPX.
- Langkah 4: Ikuti arahan di portal bank untuk melengkapkan transaksi pembayaran.
- Langkah 5: Setelah pembayaran selesai, semak status pembayaran di portal e-Insolvensi.
7. Semakan Status Pembayaran & Cetak Resit
Setelah pembayaran dibuat, pengguna boleh melakukan semakan untuk memastikan pembayaran telah berjaya dilakukan. Begini caranya:
- Langkah 1: Log masuk ke portal e-Insolvensi.
- Langkah 2: Akses menu Akaun dan Transaksi.
- Langkah 3: Klik pada maklumat bayaran untuk melihat status pembayaran.
- Langkah 4: Untuk rekod, pilih Cetak Resit bagi mendapatkan bukti pembayaran yang lengkap.
8. Permohonan Pelepasan Kebankrapan
Bagi individu yang ingin memohon pelepasan kebankrapan, terdapat prosedur tertentu yang perlu diikuti. Berikut adalah cara memohon pelepasan:
- Langkah 1: Bankrap boleh hadir secara fizikal atau menghantar permohonan secara surat atau e-mel dengan mengisi Borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Jabatan Insolvensi Malaysiahttps://www.mdi.gov.my.
- Langkah 2: Seterusnya, serahkan borang permohonan ini ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang mentadbir kes kebankrapan.
- Langkah 3: Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan serta dokumen berkaitan pentadbiran kebankrapan.
- Langkah 4: Bankrap perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menyediakan segala maklumat dan dokumen yang diminta oleh pegawai Insolvensi.
9. Maklumat Lanjut & Pertayaan
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai e-Insolvensi atau kebankrapan, anda boleh menghubungi:
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
Aras 2-3, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Putrajaya
Tel: 03-8885 1000
Fax: 03-8885 1303
Artikel Lain
Kesan Tidak Bayar Pinjaman Atome(Keburukan)