1. Pengenalan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)
Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengumumkan permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (eSMANJ) untuk tahun 2025. Sekolah-sekolah yang terlibat menawarkan peluang pendidikan berkualiti dalam bidang agama dan akademik, sesuai untuk pelajar yang berkelayakan dan berminat mendalami pendidikan Islam.
Berikut adalah maklumat lengkap mengenai cara permohonan, syarat kemasukan, dan ujian kelayakan untuk pelajar yang ingin memasuki sekolah-sekolah ini.
Sekolah-sekolah yang termasuk dalam SMANJ menawarkan pelbagai program pendidikan Islam yang meliputi kurikulum agama dan akademik. Antara sekolah yang terlibat adalah:
- Maahad Johor (MJ): Menawarkan program Hafazan Al-Quran 10 juzuk dalam tempoh 5 tahun dan pengajian peringkat STAM. Khas untuk pelajar lelaki.
- Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ): Program hafazan Al-Quran sepenuhnya 30 juzuk dalam tempoh 5 tahun. Khas untuk pelajar lelaki.
- Maahad Johor Lil Banat (MJLB): Cawangan khas untuk pelajar perempuan dengan program Hafazan Al-Quran 10 juzuk dalam tempoh 5 tahun.
- SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ): Menawarkan kurikulum STEM dan Dini Agama dengan program hafazan 10 juzuk dalam 5 tahun.
- Maahad Pontian (MP): Program Dini Agama dan STEM serta pengajian STAM.
- SMA Parit Raja Batu Pahat (SMAPR): Menawarkan pendidikan dalam bidang Agama, Perdagangan, dan Perakaunan serta pengajian STAM.
- SMA Bugisiah Tampok Pontian (SMABG): Program hafazan 13 juzuk dalam tempoh 5 tahun bagi pelajar terpilih, juga menawarkan pengajian STAM.
2. Syarat Kemasukan eSMANJ
Untuk memohon, calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
- Lahir pada antara 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
- Permohonan dibuat secara dalam talian.
- Calon yang memenuhi saringan awal akan dipanggil untuk ujian kelayakan.
3. Cara Permohonan eSMANJ
Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmihttps://daftar-smanj.net/t1/2025 mulai 28 Ogos hingga 2 Oktober 2024. Sebelum mengisi borang permohonan, calon diminta untuk membaca Manual Pengguna di pautan https://daftar-smanj.net/public/t1/assets/pdf/Manual%20Pengguna.pdf untuk memastikan pemahaman yang jelas mengenai prosedur permohonan.
4. Tarikh Penting
- Permohonan dibuka: 28 Ogos 2024
- Tutup permohonan: 2 Oktober 2024
- Ujian Kelayakan: Tarikh ujian akan diumumkan kepada calon yang disenarai pendek.
5. Ujian Kelayakan eSMANJ
Calon yang layak berdasarkan merit akan dipanggil untuk menghadiri ujian kelayakan yang terdiri daripada:
- Ujian Bertulis (1 jam 15 minit) – Meliputi penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi, dan Pengetahuan Am.
- Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
- Ujian Lisan: Bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan 3-5 ayat Al-Quran, dan tasmik hafazan Al-Quran (untuk sekolah tertentu).
6. Semakan Keputusan eSMANJ
Keputusan ujian kelayakan akan diumumkan secara dalam talian. Calon boleh semak keputusan mereka di https://daftar-smanj.net/t1/2025.
7. Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai permohonan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui emel di [email protected].
Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan menyediakan anak-anak anda untuk pendidikan agama yang berkualiti di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor!
Artikel Lain
Takwim Sekolah 2025 / 2026 Kalendar Akademik & Bila Cuti KPM