Pengenalan Harga Lesen Motor
Pada tahun 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengumumkan harga terkini bagi lesen motor B, B1, dan B Full. Mengikut undang-undang jalan raya, individu yang ingin menunggang motosikal di jalan raya wajib mempunyai lesen memandu yang sah, seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kegagalan mematuhi undang-undang ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.
Kategori Lesen Memandu Motosikal
Di Malaysia, terdapat beberapa kategori Lesen Memandu Kompeten (CDL) untuk motosikal:
- B: Motosikal melebihi 500 cc
- B1: Motosikal tidak melebihi 500 cc
- B2: Motosikal tidak melebihi 250 cc
Had umur minimum bagi ketiga-tiga kategori ini adalah 16 tahun.
Harga Lesen Memandu Motosikal 2024
Harga untuk mendapatkan lesen memandu motosikal berbeza mengikut pusat memandu. Berikut adalah kadar harga yang ditetapkan oleh kerajaan untuk tahun 2024:
- Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc): RM350 hingga RM450
- Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
Penukaran dari Lesen B kepada B Full
Berita baik bagi pemegang lesen B1 dan B2! Mulai 1 Oktober 2024, individu yang mempunyai lesen motosikal Kelas B1 dan B2 yang aktif selama lebih 10 tahun boleh memohon untuk mendapatkan lesen B penuh.
Syarat dan Kos
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LMM Kelas B dengan kos yuran hanya RM160, berbanding RM900 sebelum ini. Untuk layak, pemohon perlu mengikuti program peralihan yang melibatkan amali penunggangan dan informasi pemanduan selamat selama dua jam di Institut Memandu.
Caj Program Peralihan: RM160 untuk menampung kos operasi program.
Cara Permohonan
Cara 1: Semakan Melalui Laman Web JPJ
- Layari laman web JPJ.
- Pilih kategori individu dan masukkan nombor kad pengenalan sebagai ID pengguna.
- Log in menggunakan password MyJPJ.
- Klik pada “Lesen Memandu” dan pilih “Semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL Kelas B Full.”
Cara 2: Semakan Melalui Aplikasi MyJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan pergi ke “Pelesenan Pemandu.”
- Klik pada “Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B.”
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Harga Lesen Motor
Untuk sebarang pertanyaan mengenai harga lesen motor bagi tahun 2024, anda boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan di alamat berikut:
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Tel: +60 3 8000 8000 (Umum)
Artikel Lain
Takwim Sekolah 2025 / 2026 Kalendar Akademik & Bila Cuti KPM