Pengenalan HPIPT 2025
Kerajaan Negeri Selangor menawarkan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) kepada anak-anak Selangor yang bakal melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), baik di Universiti Awam (UA) atau IPT Swasta. Program ini bertujuan memberikan sokongan kewangan kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah, sebagai dorongan untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
HPIPT adalah inisiatif dari Kerajaan Negeri Selangor yang memberi hadiah pengajian berjumlah RM1,000 kepada pelajar tahun pertama yang mendaftar di IPT. Program ini terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf. Hadiah ini khususnya diberikan kepada anak-anak Selangor yang berusaha melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, dengan tumpuan utama kepada mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Permohonan untuk HPIPT 2025 boleh dibuat secara atas talian dari (akan dikemaskini)
Syarat Kelayakan
Pemohon yang berminat untuk memohon hadiah ini perlu memenuhi beberapa syarat utama:
- Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Selangor selama lebih 11 tahun.
- Pemohon mesti pelajar tahun pertama di Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), untuk pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf.
- Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.
- Pemohon mesti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kategori yang Tidak Layak Memohon
Bagi mereka yang berminat untuk memohon Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) 2024, terdapat beberapa kategori yang tidak layak untuk membuat permohonan. Berikut adalah senarai kategori yang tidak memenuhi syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini:
- Pelajar Kolej Vokasional yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pemohon dengan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).
- Pelajar yang menerima elaun bulanan dari mana-mana institusi kerajaan, seperti:
- Institut Pendidikan Guru (IPG),
- Kolej Kejururawatan, dan lain-lain institusi yang memberikan elaun kepada pelajar.
Cara Memohon HPIPT
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Layari laman web rasmi HPIPT
- Klik pada butang ‘Permohonan HPIPT’ dan kemudian pilih ‘Daftar Baharu’.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan pastikan anda menandakan syarat kelayakan yang relevan.
- Klik ‘Daftar Akaun Baharu’ dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Lengkapkan maklumat permohonan dan klik ‘Hantar Kepada Urusetia’.
- Setelah itu, klik ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
- Hantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor.
Dokumen yang Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk disertakan bersama borang permohonan:
- Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Salinan Sijil Kematian (sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia).
- Salinan Surat Perakuan Cerai (jika berkenaan).
- Surat Akuan Sumpah (jika berkenaan).
- Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk (untuk pemohon yang bukan lahir di Selangor).
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.
- Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji ibu bapa/penjaga (jika bekerja).
- Surat Perakuan Pendapatan ibu bapa/penjaga (jika bekerja sendiri atau pesara).
- Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.
Prosedur Pembayaran
Bagi permohonan yang berjaya dan diluluskan, hadiah pengajian akan dikreditkan terus ke nombor akaun bank yang telah dinyatakan dalam borang permohonan. Pastikan permohonan lengkap dan memenuhi syarat agar layak untuk dipertimbangkan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai HPIPT 2024, pemohon boleh menghubungi Urus Setia HPIPT di talian 03-5544 7385 atau 03-5521 2306.
Dengan adanya inisiatif seperti HPIPT, diharapkan ia dapat membantu lebih ramai anak Selangor melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Artikel Lain
Air Selangor Cara Bayar Bil Daftar e-Bil & Semak Gangguan Online