Kandungan
Apa Itu i-Saraan KWSP?
Program i-Saraan KWSP 2025 terus menjadi pilihan bagi individu yang bekerja sendiri, suri rumah, atau mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memastikan masa depan persaraan yang lebih terjamin. Pada tahun 2025, terdapat beberapa penambahbaikan penting dalam program ini yang memberi manfaat lebih besar kepada para pencarum. Berikut adalah panduan lengkap mengenai iSaraan KWSP dan cara-cara untuk mendaftar serta manfaat yang ditawarkan.
i-Saraan KWSP adalah program caruman sukarela yang bertujuan untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah yang tiada pendapatan tetap. Melalui program ini, peserta boleh mencarum secara sukarela untuk simpanan persaraan mereka dan berpeluang menerima caruman padanan dari kerajaan sebagai insentif. Ini adalah langkah penting untuk membantu mereka yang tidak mempunyai pencen atau jaminan pendapatan tetap di masa hadapan.
Penambahbaikan i-Saraan KWSP 2025
Mulai 1 Januari 2025 lebih 330,000 pencarum di bawah i-Saraan akan nikmati peningkatan insentif padanan daripada 15% kepada 20% – dengan perolehan maksimum RM500 setahun
Kelebihan i-Saraan KWSP
- Insentif Khas:
Pencarum akan menerima insentif khas sebanyak 20% daripada jumlah caruman, dengan had maksimum RM500 setahun. Had insentif ini terhad kepada RM5,000 sepanjang hayat atau sehingga umur 60 tahun, yang mana lebih dahulu dicapai. - Dividen Tahunan:
Ahli yang mencarum dalam program ini akan menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan mereka yang dikumpulkan dalam akaun KWSP. - Bantuan Kematian:
KWSP turut menyediakan bantuan kematian, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. - Pelepasan Cukai:
Caruman yang dilakukan dalam i-Saraan KWSP boleh memberi peluang untuk mendapatkan pelepasan cukai, tertakluk kepada peraturan LHDN.
Siapa Yang Boleh Memohon i-Saraan KWSP?
iSaraan KWSP terbuka kepada individu yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke bawah.
- Bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, termasuk pekerja sektor gig.
- Individu yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam yang tidak berpencen atau pekerja sektor ekonomi gig.
Contoh golongan yang layak memohon termasuk:
- Petani, nelayan, pemandu teksi.
- Peniaga kecil, penjaja, peniaga pasar malam, dan peniaga dalam talian.
- Freelancer seperti deejay, penyanyi, pelakon, dan perunding.
- Pemilik perniagaan tunggal atau rakan kongsi.
- Suri rumah yang tidak layak memohon i-Suri.
Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP
Untuk mendaftar iSaraan KWSP, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Buka Laman Web KWSP atau Aplikasi i-Akaun KWSP:
- Laman web i-Akaun: www.kwsp.gov.my.
- Untuk pendaftaran kali pertama, klik pada pautan berikut untuk mendaftar i-Saraan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms.
- Pilih Menu “Register i-Saraan”:
Pilih menu yang sesuai untuk mendaftar sebagai pencarum i-Saraan. - Isi Maklumat dan Sahkan Pendaftaran:
Isikan butiran yang diminta dan sahkan pendaftaran. - Buat Caruman:
Setelah berjaya mendaftar, anda boleh membuat caruman menggunakan pelbagai saluran seperti:- Perbankan Elektronik melalui bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, dan lain-lain.
- Kaunter Ejen Bank untuk pembayaran tunai atau cek di bank yang terlibat.
- Kaunter KWSP untuk pembayaran tunai (maksimum RM500) atau cek di semua kaunter KWSP.
Jumlah Caruman Untuk Mendapatkan Insentif Maksimum
Untuk mendapatkan insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 dalam setahun. Contohnya:
- Jika anda mencarum RM1,000, anda akan layak mendapat insentif sebanyak RM150.
- Jika anda mencarum RM3,334, anda akan menerima insentif sebanyak RM500.
Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?
Setelah caruman dibuat, KWSP akan menuntut sumbangan kerajaan secara berkala. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) setelah diterima daripada kerajaan. Sumbangan akan dikreditkan dua kali setahun, iaitu untuk tempoh Januari hingga Jun, dan Julai hingga Disember.
Apa yang Diperlukan untuk Pendaftaran i-Saraan KWSP?
Untuk mendaftar iSaraan, anda perlu menyediakan dokumen berikut:
- MyKad sebagai pengenalan diri.
- Borang Pendaftaran i-Saraan KWSP 16G (M) bagi pendaftaran kali pertama.
- Bayaran caruman melalui tunai, cek, atau perbankan internet.
Maklumat Lanjut
Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP, anda boleh menghubungi:
- Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000.
- Portal KWSP: www.kwsp.gov.my.
- Borang Pertanyaan Online: Tersedia di portal KWSP.
Artikel Lain
Senarai Pelepasan Cukai 2024 untuk e-Filing 2025