Iltizam Selangor Sihat 2025: Permohonan Semak Status Syarat

Pengenalan Iltizam Selangor Sihat

Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui inisiatif kesihatan yang menyeluruh. Sebagai usaha susulan daripada Program Skim Insurans Peduli Sihat yang diperkenalkan pada tahun 2022, program Iltizam Selangor Sihat diperkenalkan untuk memastikan lebih ramai penduduk Selangor, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40), mendapat akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti.

Pada tahun 2024, program ini menyasarkan untuk membantu 100,000 pemohon dan keluarga mereka dengan manfaat perlindungan dan rawatan asas yang meliputi klinik berdaftar serta vaksinasi terpilih.

Syarat Permohonan Iltizam Selangor Sihat

Untuk memudahkan penerima manfaat yang layak, berikut adalah syarat-syarat utama yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

1. Kategori Keluarga:

  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  • Mempunyai tanggungan yang berusia 21 tahun ke bawah (termasuk pelajar)

2. Kategori Individu:

  • Pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah
  • Pemegang Kad OKU atau Warga Emas (berumur 65 tahun ke atas)

3. Syarat Tambahan:

  • Pemohon mestilah seorang pengundi yang bermastautin di Negeri Selangor selama lebih dari 10 tahun.

Manfaat Kesihatan Iltizam Selangor Sihat

Program ini menawarkan pelbagai manfaat kesihatan kepada mereka yang layak, antaranya:

1. Manfaat Asas

  • Rawatan Asas & Vaksinasi: Pemohon boleh mendapatkan rawatan asas di klinik panel ISS. Had manfaat:
    • RM500 setahun (Kategori Keluarga)
    • RM250 setahun (Kategori Individu)
  • Rawatan Gigi di klinik gigi panel juga termasuk dalam manfaat asas.

2. Manfaat Hospitalisasi

  • Had Manfaat Hospitalisasi: Pemohon utama layak mendapat manfaat hospitalisasi sehingga RM10,000 (tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan).

3. Manfaat Tambahan Perlindungan

  • Perlindungan Pemohon Utama:
    • Kematian Semulajadi:RM5,000 (sekali tuntutan)
    • Penyakit Kritikal:RM5,000 (sekali tuntutan, tidak termasuk penyakit sedia ada)
  • Perlindungan Keluarga Berdaftar:
    • Penyakit Kritikal:RM2,000 (sekali tuntutan, tidak termasuk penyakit sedia ada)

Had Tahunan & Had Penggunaan:

  • Kategori Keluarga:RM500 setahun
  • Kategori Individu:RM250 setahun
  • Had Penggunaan Rawatan Gigi:RM70 setiap rawatan
  • Had Suntikan Vaksinasi:
    • Pneumococcal: RM180
    • Meningococcal: RM180
    • Typhoid: RM80
    • Influenza: RM80
    • Hepatitis B: RM55

Dokumen Diperlukan untuk Permohonan

Untuk memohon, pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Borang Permohonan ISS yang boleh dimuat turun daripada laman rasmi program.
  2. Salinan Slip Gaji/Pencen/EA/KWSP/Akuan Pendapatan terbaru.
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan tanggungan (anak bawah 21 tahun bagi kategori keluarga).
  4. Salinan Kad OKU (jika berkaitan).
  5. Salinan SPR bagi pemohon utama.

Cara Memohon Iltizam Selangor Sihat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon program ISS:

  1. Muat turun Borang Permohonan melalui laman rasmi ISS
  2. Lengkapkan Borang Permohonan dan sertakan semua dokumen yang diperlukan.
  3. Hantar Permohonan ke Pejabat ADUN atau Pejabat Penyelaras ADUN yang berdekatan. Senarai pejabat boleh didapati di sini.

Semakan Status Permohonan

Sekiranya anda telah membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan cara berikut:

  1. Layari laman web rasmi Iltizam Selangor Sihat
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Klik butang “Semak” untuk melihat keputusan permohonan anda.

Soalan Lazim (FAQ) Program Iltizam Selangor Sihat

1. Adakah saya layak untuk menerima faedah Iltizam Sihat Selangor – Pesakit Dalam?
Ya, faedah kemasukan wad Iltizam Sihat Selangor adalah secara automatik untuk ahli utama yang aktif. Namun, permohonan kemasukan ke hospital perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

2. Apakah kriteria-kriteria untuk menggunakan faedah Iltizam Sihat Selangor – Pesakit Dalam?
Untuk menggunakan faedah hospitalisasi, pemohon mestilah memenuhi kriteria berikut:

  • Ahli utama ISS sahaja.
  • Berumur 80 tahun ke bawah.

3. Apakah faedah manfaat hospitalisasi yang diberikan?
Manfaat hospitalisasi yang diberikan adalah:

  • RM10,000 setahun.
  • Perlindungan serta merta (tiada tempoh menunggu bagi penyakit sedia ada).
  • Rawatan di panel hospital swasta untuk kes bukan kecemasan.
  • Rawatan di panel hospital kerajaan untuk kes kecemasan.

4. Dimana saya boleh mendaftar untuk mendapatkan faedah ini?
Pendaftaran untuk faedah hospitalisasi adalah secara automatik jika anda seorang ahli utama ISS yang aktif. Tiada pendaftaran khusus diperlukan.

5. Adakah saya perlu mendapatkan surat rujukan sebelum menggunakan manfaat hospitalisasi ini?
Tidak, surat rujukan tidak diperlukan. Manfaat hospitalisasi ini hanya tersedia untuk ahli utama sahaja.

6. Bagaimana cara untuk saya memohon surat jaminan (Guarantee Letter) bagi kemasukan ke hospital swasta?
Untuk mendapatkan surat jaminan (GL) bagi kemasukan ke hospital swasta, ahli perlu:

  • Mengunjungi Cawangan Klinik Selcare atau,
  • Menggunakan perundingan dalam talian (telemedicine), atau
  • Mendapatkan surat rujukan daripada hospital kerajaan.

7. Bolehkah saya membuat permohonan surat jaminan melalui panggilan telefon?
Tidak, permohonan tidak diterima melalui panggilan telefon.

8. Bagaimana proses pra-kebenaran dilakukan?
Proses pra-kebenaran dilakukan sebelum kemasukan ke hospital melalui langkah berikut:

  1. Doktor yang merawat akan mengisi Borang Pra Kemasukan (PAF).
  2. PAF ini mengandungi maklumat tentang sebab kemasukan ke hospital dan keadaan kesihatan pesakit.
  3. Pesakit perlu menandatangani borang PAF sebagai tanda persetujuan.
  4. Borang PAF dihantar kepada Selcare untuk pengeluaran surat jaminan.
  5. Sekiranya kemasukan ke hospital memenuhi terma dan syarat, Selcare akan mengeluarkan surat jaminan.

9. Berapa lama tempoh proses pengeluaran Surat Jaminan?
Proses pengeluaran surat jaminan biasanya mengambil masa antara 20 hingga 30 minit.

10. Bagaimana untuk saya mengetahui bahawa permohonan Surat Jaminan saya telah dikeluarkan?
Surat Jaminan yang telah dikeluarkan boleh disemak melalui:

  • Hospital tempat rawatan,
  • Talian Khidmat Pelanggan Selcare di 1-800-22-6600, atau
  • Aplikasi Selangkah.

11. Adakah sebarang kemungkinan perbelanjaan saya sewaktu kemasukan ke hospital swasta tidak ditanggung?
Ya, terdapat perbelanjaan yang tidak ditanggung, antaranya:

  • Kos kemasukan ke hospital yang melebihi RM10,000.
  • Penggunaan item-item tertentu (seperti telefon, dobi, makanan tambahan, dan sebagainya).

12. Dalam keadaan apakah saya tidak diberikan Surat Jaminan?
Surat Jaminan tidak dikeluarkan jika kemasukan ke hospital disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Pengaruh dadah atau alkohol,
  • Cubaan bunuh diri,
  • Kehamilan, bersalin atau keguguran,
  • Penyakit kelamin (contoh: HIV/AIDS),
  • Rawatan pergigian (kecuali kemalangan),
  • Rawatan kosmetik (pembedahan plastik, dsb.),
  • Penyakit mental,
  • Kecederaan akibat aktiviti sukan berbahaya,
  • Rawatan penglihatan (rabun jauh/dekat),
  • Kemasukan akibat perang atau aktiviti jenayah,
  • Pemindahan organ.

13. Apakah perbelanjaan yang lazimnya tidak dilindungi?
Perbelanjaan yang tidak dilindungi termasuk:

  • Telefon, dobi, kafeteria, dan perkhidmatan bukan perubatan lain,
  • Ubat-ubatan yang tidak berkaitan dengan diagnosis,
  • Sebarang ubat bawa pulang melebihi sebulan,
  • Terapi alternatif (akupunktur, chiropractic, dll),
  • Vitamin & makanan tambahan,
  • Penjagaan diri (sabun, syampu, lotion, dll),
  • Caj pesakit luar, checkup rutin atau ujian saringan.

14. Bagaimanakah prosedur mendapatkan surat jaminan bagi kemasukan ke hospital kerajaan untuk kes-kes kecemasan?
Untuk kes kecemasan, surat jaminan akan diberikan selepas kemasukan atau discaj. Pesakit perlu mengemukakan ringkasan discaj atau surat kemasukan dari hospital kerajaan untuk mendapatkan surat jaminan.

15. Bagaimana untuk mendapatkan senarai Hospital Panel Selcare?
Senarai hospital panel boleh didapati melalui:

  • Laman web Selcare,
  • Aplikasi Selangkah (Panel Locator),
  • Talian Khidmat Pelanggan Selcare di 1-800-22-6600.

16. Apakah yang perlu saya bawa sekiranya ingin mendapatkan rawatan di klinik (outpatient)?
Anda hanya perlu membawa kad pengenalan untuk mendapatkan rawatan di klinik.

17. Bagaimanakah cara saya boleh memohon untuk manfaat tambahan ISS?
Untuk memohon manfaat tambahan ISS:

  1. Dapatkan surat permohonan dari pihak DUN atau muat naik borang di laman web ISS.
  2. Sediakan dokumen seperti sijil kematian dan pengesahan dari pihak DUN.
  3. Pihak DUN akan mengemelkan borang permohonan kepada Selcare untuk pemprosesan.

18. Siapakah yang layak mendapat manfaat tambahan ISS?

  • Manfaat khairat kematian: Hanya pemegang kad utama (principal) yang layak.
  • Manfaat penyakit kritikal: Pemegang kad utama (principal) dan keluarga berdaftar layak.

19. Adakah saya perlu memperbaharui keahlian setiap tahun?
Keahlian perlu diperbaharui setiap 2 tahun untuk memastikan kelayakan ahli menepati syarat semasa.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai pertanyaan mengenai program ini, anda boleh menghubungi pusat panggilan 24 jam di 1-800-22-6600.

Dengan adanya program ISS 2024, diharapkan lebih ramai rakyat Selangor, terutamanya golongan B40, dapat menikmati manfaat perlindungan kesihatan yang lebih baik dan akses rawatan yang lebih mudah dan terjangkau.

Artikel Lain

Air Selangor Cara Bayar Bil Daftar e-Bil & Semak Gangguan Online

Kongsi artikel kami ini ke :