Panduan Bagi Membuat Permohonan Lawatan Banduan Penjara
Kepada anda yang ingin membuat lawatan banduan penjaran di Malaysia, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Antaranya ada yang boleh dibuat permohonan secara online menerusi iVisit Prison dan juga ada melalui surat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.
Apa itu iVisit Prison
iVisit Prison adalah sistem lawatan berjadual yang diperkenalkan untuk memodenkan dan mempermudah proses lawatan ke penjara. Sistem ini direka khusus untuk memudahkan tempahan lawatan secara dalam talian bagi pelawat yang ingin bertemu dengan banduan.
Cara Booking Guna iVisit Prison
Untuk membuat tembahan menggunakan iVisit ini bagi pengguna kali pertama, terdapat beberapa langkah perlu diikuti yang melibatkan komunikasi dengan pihak penjara. Berikut adalah ringkasan langkah-langkah yang perlu diambil:
Cara Pendaftaran Akaun iVisit Prison
- Hubungi Pihak Penjara:
- Pelawat perlu menghubungi pihak penjara tempat banduan ditahan. Ini dapat dilakukan melalui telefon atau e-mel.
- Minta Pautan Pendaftaran:
- Setelah berkomunikasi, pelawat harus meminta pegawai penjara untuk menghantar pautan pendaftaran akaun iVisit.
- Terima Pautan Pendaftaran:
- Pegawai penjara akan menghantar pautan pendaftaran melalui e-mel kepada pelawat.
- Isi Maklumat yang Diperlukan:
- Pelawat perlu mengisi maklumat yang diminta melalui pautan yang diterima. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat.
- Hantar Permohonan:
- Setelah semua maklumat diisi, hantar permohonan pendaftaran.
Cara Tempahan Lawatan Guna iVisit Prison
Setelah pendaftaran akaun anda berjaya, berikut adalah merupakan cara untuk membuat tempahan lawatan:
- Layari Laman Web:
- Buka pelayar web dan pergi ke iVisitPrison
- Masukkan Maklumat Login:
- Alamat E-mel: Masukkan alamat e-mel yang didaftarkan.
- Kata Laluan: Masukkan kata laluan yang telah anda set semasa pendaftaran.
- Pengesahan Captcha:
- Klik pada kotak “I’m Not A Robot” untuk mengesahkan bahawa anda bukan bot.
- Klik Butang “SIGN IN”:
- Setelah semua maklumat diisi, klik butang “SIGN IN” untuk masuk ke dalam akaun anda.
- Ikuti Arahan Selanjutnya:
- Setelah berjaya log masuk, ikuti arahan yang diberikan di laman web untuk membuat booking dengan banduan.
- Pilih waktu dan tarikh yang sesuai, serta lengkapkan sebarang maklumat tambahan yang diperlukan.
Terlupa Kata Laluan iVisit Prison
- Layari Laman Web:
- Pergi ke laman login iVisitPrison
- Cari Pilihan ‘Forgot Password’:
- Di halaman login, cari pilihan atau pautan yang bertuliskan “Forgot Password?” atau “Reset Password”.
- Masukkan Alamat E-mel:
- Masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk akaun iVisit anda.
- Ikuti Arahan yang Diberikan:
- Anda akan menerima e-mel dengan pautan untuk mengatur semula kata laluan. Ikuti arahan yang diberikan dalam e-mel tersebut.
- Tetapkan Kata Laluan Baru:
- Setelah mengikuti pautan, masukkan kata laluan baru yang anda inginkan. Pastikan kata laluan baru memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.
- Log Masuk:
- Kembali ke halaman login dan gunakan alamat e-mel serta kata laluan baru untuk masuk ke akaun anda.
Senarai Penjara Yang Guna iVisit Prison
Berikut adalah merupakan antara penjara di Malaysia menggunakan sistem lawatan online iVisit seperti berikut:
Negeri | Lokasi |
Kedah | Penjara Alor Setar |
Penjara Pokok Sena | |
Penjara Sungai Petani | |
Pulau Pinang | Penjara Pulau Pinang |
Penjara Seberang Perai | |
Perak | Penjara Tapah |
Penjara Taiping | |
Selangor | Penjara Sungai Buloh |
Penjara Kajang | |
Penjara Wanita Kajang | |
Negeri Sembilan | Penjara Seremban |
Melaka | Penjara Dusun Dato’ Murad |
Johor | Penjara Kluang |
Penjara Johor Bahru | |
Penjara Simpang Renggam | |
Pahang | Penjara Penor |
Penjara Bentong | |
Terengganu | Penjara Marang |
Kelantan | Penjara Pengkalan Chepa |
Sarawak | Penjara Kuching |
Penjara Sri Aman | |
Penjara Sibu | |
Penjara Miri | |
Penjara Limbang | |
Sabah | Penjara Kota Kinabalu |
Penjara Tawau | |
Penjara Sandakan | |
Penjara Wanita Kota Kinabalu |
Waktu Lawatan Banduan Di Penjara
Setiap penjara di Malaysia mempunyai waktu melawat yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Walaubagaimanapun, kebiasaannya kebanyakkan waktu lawatan adalah dari hari Isnin hingga Khamis, bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang.
Cara Booking Lawatan Banduan Secara Panggilan
Pada masa kini, sistem bagi lawatan panggilan hanya dilaksanakan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang sahaja. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat tempahan:
Cara Booking Lawatan Ke Penjara Sungai Buloh
- Hubungi Kaunter Pendaftaran:
- Nombor Telefon: 03-60384858
- Waktu Pejabat:
- Pagi: 8.15 pagi – 12.30 tengah hari
- Petang: 2.15 petang – 4.00 petang
- Hari Bekerja: Pastikan anda menghubungi pada hari bekerja.
- Tempoh Panggilan:
- Panggilan untuk membuat tempahan lawatan boleh dilakukan tiga hari sebelum tarikh lawatan yang dirancang.
- Maklumat yang Perlu Disediakan:
- Nama penuh anda sebagai pelawat.
- Nombor pengenalan diri.
- Blok penempatan banduan yang ingin dilawati.
- Tarikh dan masa lawatan yang diinginkan.
- Sahkan Tempahan:
- Setelah memberikan maklumat yang diperlukan, tunggu pengesahan daripada pegawai di kaunter pendaftaran mengenai status tempahan anda.
- Persediaan untuk Lawatan:
- Pada hari lawatan, pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penjara.
Cara Booking Lawatan Ke Penjara Kajang
- Hubungi Kaunter Pendaftaran:
- Nombor Telefon: 03-87364620 (sambungan 215)
- Waktu Panggilan: Hari bekerja, dari pukul 8.15 pagi hingga 2.15 petang.
- Tempoh Panggilan:
- Disarankan untuk membuat tempahan antara 1 hingga 3 hari sebelum tarikh lawatan yang dirancang untuk memastikan slot lawatan tersedia.
- Maklumat yang Perlu Disediakan:
- Nama penuh anda sebagai pelawat.
- Nombor pengenalan diri.
- Nama banduan yang ingin dilawati.
- Tarikh dan masa lawatan yang diinginkan.
- Ketibaan di Penjara:
- Pastikan anda hadir di Penjara Kajang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa lawatan yang ditetapkan. Kelewatan mungkin mengakibatkan lawatan anda dikategorikan sebagai lawatan biasa dan mungkin perlu menunggu giliran yang lebih lama.
- Keadaan Semasa:
- Sila ambil perhatian bahawa perjumpaan semasa lawatan adalah tertakluk kepada keadaan semasa di penjara dan mungkin berubah bergantung kepada situasi tertentu.
- Pembatalan Lawatan:
- Jika anda perlu membatalkan lawatan yang telah ditempah, maklumkan kepada Unit Pendaftaran Lawatan secepat mungkin agar slot lawatan dapat diberikan kepada pelawat lain.
Contoh Surat Permohonan Lawatan ke Penjara Untuk Melawat Banduan
Berikut adalah contoh surat permohonan lawatan ke penjara untuk melawat banduan. Anda boleh menyesuaikan maklumat dalam surat ini mengikut keperluan anda.
[Nama Anda]
[Alamat Anda]
[Bandar, Poskod]
[Nombor Telefon]
[Alamat E-mel]
[Tarikh]
Ketua Penjara
[Nama Penjara]
[Alamat Penjara]
[Bandar, Poskod]
Per: Permohonan Lawatan ke Penjara untuk Melawat Banduan
Kepada Ketua Penjara,
Saya yang bertandatangan di bawah,
Nama: [Nama Anda]
No. Pengenalan: [Nombor Pengenalan Anda]
Hubungan dengan Banduan: [Contoh: Ahli keluarga, kawan, dsb.]
Dengan ini ingin memohon untuk melawat banduan yang bernama [Nama Banduan] yang sedang menjalani hukuman di [Blok/Unit Penjara].
Saya bercadang untuk melakukan lawatan pada [Tarikh dan Masa yang Dikehendaki]. Tujuan lawatan ini adalah untuk [nyatakan tujuan, contohnya: menjaga hubungan kekeluargaan, memberi sokongan moral, dsb.].
Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak penjara semasa lawatan berlangsung.
Saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Sebarang maklum balas daripada pihak tuan/puan mengenai permohonan ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Tandatangan Anda]
[Nama Anda]
Artikel Lain
Takwim Sekolah 2025 / 2026 Kalendar Akademik & Bila Cuti KPM