Tarikh Konvokesyen
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 akan berlangsung dari 13 November hingga 12 Disember 2024. Graduan yang terlibat seharusnya sudah menerima surat jemputan untuk hadir ke majlis tersebut.
Majlis konvokesyen ini amat dinanti-nantikan oleh pelajar yang telah berusaha keras selama bertahun-tahun untuk menamatkan pengajian mereka, dan juga oleh keluarga yang telah memberi sokongan sepanjang perjalanan ini.
Jadual Konvokesyen UiTM
Berikut adalah maklumat penting mengenai jadual konvokesyen bagi setiap lokasi:
- UiTM Shah Alam: 13 November hingga 28 November 2024
- UiTM Cawangan Sabah: 4 Disember hingga 5 Disember 2024
- UiTM Cawangan Sarawak: 11 Disember hingga 12 Disember 2024
Para graduan dinasihatkan untuk merujuk pautan UiTM Graduate Quick Search bagi menyemak sesi konvokesyen masing-masing.
Pengambilan Jubah
Graduan dikehendaki mengambil jubah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Pihak universiti tidak membenarkan pengambilan jubah sebelum tarikh tersebut. Untuk pengambilan jubah, graduan juga perlu:
- Mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.
- Menyelesaikan bayaran yuran konvokesyen.
Borang pengesahan kehadiran dan jubah perlu dicetak sebelum pengambilan.
Nota Penting
Graduan tidak akan dibenarkan mengambil jubah jika mereka:
- Tidak mengisi soal selidik.
- Tidak menjelaskan yuran tertunggak atau denda.
- Tidak membawa skrol bagi mereka yang telah mengambil jubah lebih awal.
Pembayaran yuran perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum pengambilan jubah. Pembayaran boleh dibuat melalui ATM, Kaunter BANK ISLAM, atau secara dalam talian (FPX).
Yuran Konvokesyen UiTM
Yuran konvokesyen dikenakan kepada semua graduan bagi skrol, transkrip rasmi, dan sumbangan tabung alumni. Berikut adalah yuran yang ditetapkan:
Peringkat Pengajian | Yuran |
---|---|
Ijazah Doktor Falsafah | RM230 |
Ijazah Sarjana | RM210 |
Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah Sarjana Muda | RM175 |
Diploma/Profesional | RM150 |
Semakan Yuran
Graduan boleh menyemak yuran, saman, dan denda melalui pautan berikut:
Pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum pengambilan jubah bagi memastikan proses berjalan dengan lancar.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Konvokesyen ke-100 UiTM, sila layari laman web rasmi UiTM. Graduan juga disarankan untuk membaca soalan-soalan lazim (FAQ) dan menyertai Group Telegram yang akan dibuka mulai 24 Oktober 2024 untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Siaran Langsung Konvokesyen UiTM
Saksikan siaran langsung majlis konvokesyen di YouTube UiTM Channeldi sini.
Ikuti juga media sosial rasmi UiTM:
Jika ada sebarang pertanyaan, graduan boleh menghubungi staf yang bertanggungjawab di kolej atau fakulti masing-masing melalui direktori yang tersedia.
Selamat bergraduasi! Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal bagi mencapai cita-cita yang lebih tinggi di masa hadapan. Teruskan usaha dan capai impian anda!
Artikel Lain
Siapakah Golongan T15 & Semak Purata Pendapatan di Malaysia