Semakan Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2025/2026

Pengenalan kepada Maktab Tentera DiRaja (MTD)

Maktab Tentera DiRaja (MTD), juga dikenali sebagai Royal Military College (RMC), merupakan institusi pendidikan yang berprestij di Malaysia, khususnya dalam membentuk pemimpin masa hadapan. Ditubuhkan pada tahun 1952, MTD telah lama dikenali dengan kecemerlangan dalam akademik, disiplin, dan kegiatan ko-kurikulum. Pelajar MTD menjalani kehidupan yang teratur dengan penekanan kepada disiplin ketenteraan, sambil menerima bimbingan dari jurulatih berpengalaman.

Syarat Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2025/2026

Syarat Akademik

Untuk memohon kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD), calon perlu memenuhi syarat akademik berikut:

  1. Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang dijalankan secara dalam talian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Mengikuti tarikh permohonan yang ditetapkan oleh KPM.
  3. Lulus ujian pemilihan khusus untuk Putera Maktab Tentera DiRaja.

Syarat Khusus Maktab Tentera DiRaja

Calon yang layak juga perlu memenuhi syarat khusus berikut:

  • Warganegara Malaysia (hanya untuk lelaki).
  • Berat minimum: 40.5 kg.
  • Tinggi minimum: 152 cm.
  • Ukuran dada: 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas).
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang disenaraikan, termasuk:
    • Asma
    • Angin pasang
    • Buasir
    • Ketidaksamaan fizikal bahu
    • Jangkitan kulat pada kulit
    • Kekurangan enzim G6PD
    • Rabun mata (minimum 6/12)
    • Tapak kaki rata
    • Masalah telinga seperti kerak telingan (impacted earwax)
    • Tidak memakai pendakap gigi
    • Tulang belakang bengkok
    • Urat bersimpul
    • Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
    • Sebarang masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kelancaran latihan di MTD

Keistimewaan Maktab Tentera DiRaja

Putera-putera yang diterima di MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara percuma, termasuk:

  • Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
  • Elaun bulanan sebanyak RM 100.
  • Rawatan kesihatan.
  • Pakaian seragam tentera dan keperluan lain.
  • Kelas akademik, makmal, perpustakaan, dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.
  • Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  • Akses kepada kemudahan komputer dan internet di setiap kelas.
  • Program eksplorasi akademik dan ekspedisi mencabar.
  • Latihan kepimpinan dan jati diri.
  • Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
  • Latihan ketenteraan, termasuk menembak dan ilmu medan perang.
  • Waran perjalanan udara tahunan untuk pelajar dari Sabah, Sarawak, dan WP Labuan.

Lokasi Maktab

Maktab Tentera DiRaja terletak di Kem Perdana, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Cara Permohonan

Permohonan untuk kemasukan ke MTD bagi sesi 2025/2026 boleh dibuat secara atas talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari pautan https://spskt4.moe.gov.my/.
  2. Borang permohonan dibuka dari 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024.
  3. Isi borang permohonan PKSK secara dalam talian dan pilih MTD sebagai pilihan pertama.
  4. KPM akan menetapkan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia.
  5. Calon yang lulus PKSK akan dipanggil untuk sesi pemilihan di MTD.
  6. Pemohon yang lulus ujian pemilihan akan ditawarkan untuk sesi pengajian 2025/2026.

Tarikh Penting

  • Permohonan dibuka: 1 Ogos 2024 – 8 September 2024
  • Semakan pusat PKSK: 13 September 2024 – 3 Oktober 2024
  • Semakan tawaran: 13 Januari 2025

Semakan Tawaran Kemasukan

Bagi pelajar yang telah memohon kemasukan ke MTD untuk sesi 2025/2026, keputusan pemilihan akan diumumkan mulai 4 November 2024. Calon yang layak akan menerima surat jemputan untuk temuduga melalui emel. Ini merupakan peluang penting bagi mereka yang bercita-cita untuk menyertai MTD, jadi pastikan untuk menyemak emel secara berkala.

Untuk maklumat terkini, ikuti MTD di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Sebarang perkembangan berkaitan pemilihan juga akan dikongsi melalui saluran tersebut.

Proses Pengesahan Kehadiran

Setelah menerima tawaran, calon perlu mengesahkan persetujuan mereka untuk menghadiri sesi pemilihan dengan mengisi borang dalam talian yang disertakan dalam surat tawaran. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah pada hari pemilihan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu Maktab Tentera DiRaja

Pendaftaran untuk pelajar baharu MTD bagi sesi 2025 dijadualkan pada bulan Februari atau Mac. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran akan diumumkan di laman web rasmi MTD, yang boleh diakses di http://www.rmc-education.edu.my.

Maklumat Tambahan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Unit Pengambilan MTD di talian 03-894 65555 (sambungan 5562/63/64) atau melalui e-mel di [email protected]. Laman web rasmi MTD juga menyediakan maklumat terkini dan panduan yang berguna bagi bakal pelajar.

Semoga semua calon berjaya dalam proses pemilihan ini dan terima kasih kepada ibu bapa serta penjaga atas sokongan yang diberikan!

Artikel Lain

Siapakah Golongan T15 & Semak Purata Pendapatan di Malaysia

Kongsi artikel kami ini ke :