Apa Itu My50?
Inisiatif pas My50 telah dilanjutkan di bawah Belanjawan 2025, membolehkan pengguna menikmati perjalanan tanpa had di perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, dan BRT RapidKL, serta bas RapidKL dan bas pengantara MRT di Lembah Klang dengan bayaran RM50 sebulan.
Menteri tersebut menyatakan terdapat 220,000 pengguna pas My50 setiap bulan, menunjukkan kejayaan inisiatif ini dalam menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Kelebihan Pas My50
Kelebihan pas ini berbeza mengikut lokasi:
- Lembah Klang: My 50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, dan bas Rapid KL, serta bas pengantara MRT.
- Pulau Pinang: My 50 Mutiara Pass menyediakan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.
- Kuantan: My 50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.
Kelayakan
Pas My50 hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan MyKad atau ID MyTentera yang sah. Pas tanpa had ini akan terikat pada MyKad atau MyTentera pemegangnya.
Cara Pembelian
Anda boleh membeli pas My50 di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen MRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Hab bas terpilih seperti Pasar Seni, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood, dan Seksyen 2 Shah Alam.
Untuk Rapid Penang, pembelian boleh dibuat di kiosk yang terletak di:
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Penang Sentral
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
Cara Renew My50 Rapid KL Pas Perjalanan Tanpa Had Guna TNG eWallet
Pengguna pas perjalanan tanpa had My50 Rapid KL akan segera dapat menikmati pembaharuan bulanan secara mudah melalui integrasi dengan Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad untuk melaksanakan integrasi ini bagi mengurangkan keperluan beratur di kaunter stesen LRT.
Menurut laporan The Star, integrasi dengan TNG eWallet dijangka akan selesai dalam beberapa bulan akan datang dan diharapkan dapat memudahkan pengguna menjelang tahun depan.
Pembaharuan Pas My50
Pada masa ini, pengguna perlu memperbaharui pas My50 di kaunter stesen kereta api Rapid KL dan hab bas terpilih. Walaupun terdapat pilihan untuk pembaharuan secara dalam talian, pengguna masih perlu beratur dan mengesahkan pembelian mereka di kaunter. Ini disebabkan pas My50 hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan diikat kepada MyKad atau MyTentera mereka.
Walau bagaimanapun, tiada butiran khusus mengenai pelaksanaan TNG eWallet, tetapi proses pengesahan MyKad dijangka dapat dilakukan melalui eWallet jika pengguna telah mengesahkan akaun mereka melalui proses eKYC.
Maklum Lanjut & Pertayaan
Untuk maklumat lanjut mengenai pas My50, sila layari laman rasmi MyRapid.
Artikel Lain
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) 2025 Permohonan Pendaftaran