MySISWAPLACE Penebusan Semakan Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 (2024)

Pengenalan MySISWAPLACE

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memulakan pengagihan Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 melalui platform MySISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024. Pastikan anda mendaftar dan mengakses platform ini untuk mendapatkan baucar yang boleh digunakan bagi pembelian buku dan keperluan pembelajaran.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan maklumat lanjut mengenai MySISWAPLACE serta cara untuk menyemak kelayakan, memohon, dan menggunakan baucar buku.

MySISWAPLACE merupakan portal yang direka untuk memudahkan pelajar mendapatkan akses kepada bahan bacaan secara dalam talian. Platform ini mempunyai sistem yang telus untuk memastikan pelajar sentiasa dapat mengakses bahan rujukan yang diperlukan, meningkatkan keberkesanan pembelajaran, dan mengurangkan kesulitan.

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan budaya cinta ilmu dan pembacaan di kalangan pelajar IPT, sekaligus menyokong perkembangan industri buku akademik dan wacana ilmiah di negara ini.

Tarikh Pelancaran MySISWAPLACE

Pelancaran rasmi My SISWAPLACE telah diadakan pada 29 Oktober 2024 oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Maklumat Baucar Buku Fasa 2

Baucar buku Fasa 2 akan dilaksanakan mulai 30 Oktober hingga 31 Disember 2024. Pelajar boleh mendapatkan baucar melalui portal My SISWAPLACE . Penebusan kod baucar yang diperoleh dari portal hanya boleh digunakan untuk pembelian buku di platform tersebut, dengan setiap pelajar layak menerima baucar bernilai RM100.

Kelayakan untuk Baucar Buku IPT Fasa 2

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar buku Fasa 2:

  • Terbuka kepada pelajar IPT (Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik, dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT.
  • Pelajar mesti berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.
  • Terbuka kepada semua peringkat pengajian dari Sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah.
  • Pelajar boleh belajar secara separuh masa atau sepenuh masa.
  • Warganegara Malaysia sahaja.

Nota: Portal ini akan mula dibuka untuk penebusan pada 30 Oktober 2024.

Proses Semakan & Penebusan Baucar Melalui MySISWAPLACE

Untuk menyemak kelayakan dan menebus baucar buku Fasa 2, ikuti langkah berikut:

  1. Semak kelayakan anda di pautan My SISWAPLACE
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Jika layak, kod akan dijana.
  4. Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital.

Setiap pelajar berhak menebus baucar berjumlah RM100.

Tempoh Penebusan

Baucar buku akan boleh ditebus dan digunakan oleh pelajar IPTA yang berdaftar di bawah KPT dari 30 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024.

Sumber Tambahan

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai MySISWAPLACE, sila kunjungi atau ikuti laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Artikel Lain

My50 2025 Pas Perjalanan Tanpa Had (LRT MRT Monorel & Bas Rapid)

Kongsi artikel kami ini ke :