Pengenalan One In A Million (OIAM 2025)
Rancangan realiti hiburan One In A Million (OIAM) kembali menggegar dunia hiburan Malaysia selepas 15 tahun dengan konsep baru dan hadiah yang lebih menarik. Rancangan ini yang pertama kali disiarkan pada 2006, kini kembali dengan hadiah utama RM1 juta serta peluang kepada bakat-bakat muda untuk mencipta nama dalam industri muzik.
Berikut adalah maklumat penting mengenai OIAM 2025:
One In A Million (OIAM) adalah sebuah pertandingan realiti yang berusaha mencari penyanyi terbaik di Malaysia. Program ini mula disiarkan pada 26 Mei 2006 di 8TV dan telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan menghasilkan bintang terkenal seperti Suki Low, Yuna, Ayu Damit, dan Tomok. Kini, OIAM kembali dengan lebih banyak peluang, hadiah besar, dan platform untuk bakat-bakat baru.
Hadiah Menarik
Pemenang OIAM 2025 bakal membawa pulang hadiah yang mengagumkan, antaranya:
- Wang tunai RM500,000
- Sebuah kereta
- Kontrak rakaman bernilai RM400,000, termasuk peluang bekerja dengan artis Indonesia.
Selain itu, untuk penonton, ada peluang untuk memenangi 7 kereta sepanjang program berlangsung.
Hos dan Juri Profesional
Musim ini, OIAM 2025 akan dipandu oleh dua hos dinamik, Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy. Mereka dijangka membawa kelainan dalam penyampaian rancangan dengan gaya yang unik.
Sebagai juri, OIAM menampilkan figura hebat dalam industri muzik:
- Datuk Yusry Abdul Halim (Legenda industri muzik)
- Ziana Zain (Penyanyi terkenal)
- Cakra Khan (Penyanyi Indonesia)
Juri-juri ini akan menggalas tanggungjawab memberi bimbingan kepada peserta dan menilai setiap persembahan.
Uji Bakat One In A Million (OIAM)
Uji bakat OIAM terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas, melibatkan solo, duo, dan kumpulan. Penyanyi dengan muzik asli digalakkan untuk menyertai. Mereka yang tidak terikat dengan kontrak rakaman boleh turut serta.
- Uji bakat dalam talian boleh dilakukan melalui TikTok dengan memuat naik video nyanyian selama satu minit menggunakan hashtag #CalpisSodaOIAMTV3 dari 1 hingga 17 November 2024.
- Uji bakat secara langsung telah diadakan di beberapa lokasi, termasuk di Johor, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Kuala Lumpur.
Senarai Peserta
Setakat ini, lebih 30 peserta telah berjaya melangkah ke fasa top 32, antaranya:
- Alina Hassan (Peserta paling senior, berusia 56 tahun)
- Firman Basir
- Zaki Yamani
- Farah Idayu
- Allan Anderson
- Shazriq Shah
Fasa saringan akan diteruskan sehingga 12 peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam pentas utama OIAM.
Waktu Siaran & Siaran Langsung OIAM
One In A Million 2025 akan disiarkan secara langsung di TV3 mulai 22 Disember 2024, pada jam 9 malam. Rancangan ini akan berlangsung setiap minggu sehingga 9 Februari 2025, dengan persembahan peserta terbaik yang dinilai oleh juri profesional. Kejayaan dan bakat luar biasa peserta akan ditentukan dalam episod-episod yang penuh kejutan ini.
Maklumat Lanjut One In A Million
Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai One In A Million 2025, sila layari akaun Instagram rasmi mereka atau dapatkan maklumat lanjut melalui media sosial untuk mengetahui lebih lanjut tentang uji bakat, peserta, dan sebarang pengumuman penting.
Artikel Lain
Gegar Vaganza 2024 (GV11)Senarai Peserta Juri Tema Lagu & Siaran Langsung