Kandungan
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 203/2025
Tentera Darat Malaysia kini membuka peluang kepada warganegara Malaysia untuk menyertai pasukan melalui Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025. Permohonan atas talian kini dibuka, dan calon yang memenuhi syarat-syarat tertentu akan dipertimbangkan untuk menghadiri ujian pemilihan akhir.
Syarat Kelayakan Asas Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Umur: 18 hingga 25 tahun pada 10 Mac 2025
- Ketinggian minimum: 162 cm
- Berat badan minimum: 47.5 kg
- Kesihatan: Sihat tubuh badan dengan BMI antara 18.0 hingga 26.0
- Kelayakan Akademik:
- Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
- Bagi yang memiliki SVM, PNGK minimum 2.0
- Status perkahwinan: Bujang atau sudah berkahwin
- Calon yang layak akan disenarai pendek untuk ujian pemilihan akhir.
Ujian Pemilihan Akhir
- Pemeriksaan Kesihatan
- Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – Masa: 14 minit
- Tekan tubi – 40 kali
- Bangkit tubi – 45 kali
- Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi calon beragama Islam)
Skim Gaji dan Kelayakan Akademik
Berikut adalah gaji permulaan berdasarkan kelayakan akademik:
Kelulusan | Gaji Permulaan |
---|---|
SPM / Sijil Pelajaran Malaysia | RM1,564.00 |
SVM (Sijil Vokasional Malaysia) | RM1,564.00 |
SKM Tahap 2 | RM1,630.01 |
SKM Tahap 3 | RM1,696.02 |
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | RM1,762.03 |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) | RM1,762.03 |
Diploma (TeSL, Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam) | RM1,828.04 |
Diploma Kejururawatan, Perubatan, Farmasi, Fisioterapi, dll | RM1,894.05 |
Diploma Sains Veterinar | RM1,960.06 |
Diploma Kejuruteraan & bidang berkaitan | RM2,026.07 |
Nota: Maklumat yang tidak benar atau palsu akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.
Elaun & Kemudahan
Sebagai anggota Tentera Darat, anda akan menerima pelbagai elaun dan kemudahan, antaranya:
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Elaun Insentif Khas
- Elaun Imbuhan Perumahan
- Elaun Kepakaran
- Elaun Perjalanan
Kemudahan yang ditawarkan termasuk:
- Pinjaman Perumahan, Kenderaan, dan Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat
- Pendaftaran Permohonan perlu dilakukan secara atas talian. Sila gunakan pautan berikut untuk mendaftar:
- Dokumen yang diperlukan:
- Pastikan anda memuat naik dokumen yang jelas semasa pendaftaran.
- Daftar menggunakan komputer atau komputer riba bagi memudahkan proses.
- Tempoh Permohonan:
- Tarikh buka: 27 November 2024
- Tarikh tutup: 23 Disember 2024
- Rayuan: Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
Maklumat Lanjut Pengambilan Tentera Darat
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi:
- Telefon: 03-4014 0470 / 03-40140 467 / 03-40140468
- Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia:Tentera Darat Malaysia FB
- Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia:army.mil.my
Peringatan
- Sila pastikan maklumat anda lengkap dan tepat sebelum menghantar permohonan.
- Hanya satu permohonan dibenarkan untuk setiap calon.
- Maklumat lanjut tentang tarikh ujian dan pemilihan akhir akan dimaklumkan kepada calon yang layak melalui akaun pendaftaran.
Artikel Lain
Permohonan Geran Kereta Motor Yang Hilang Rosak