Pengenalan PERDA-TECH
Bagi anda yang berminat melanjutkan pengajian di peringkat Sijil atau Diploma, Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) kini membuka permohonan bagi sesi kemasukan Januari 2025. Institut ini menawarkan pelbagai program pengajian di bidang kemahiran bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
PERDA-TECH adalah sebuah institusi pendidikan di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), yang terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal. Institusi ini menawarkan pelbagai latihan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma. Selain itu, PERDATECH juga diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia dan mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada pelajar yang menamatkan kursus di sini.
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), yang telah beroperasi selama 35 tahun, terus memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia, terutamanya dari kawasan luar bandar. Institusi ini berkomitmen untuk membantu lepasan sekolah mendapatkan pendidikan yang diiktiraf oleh badan akademik, profesional, dan industri di negara ini.
Keberkesanan PERDA-TECH dalam Menyediakan Pekerjaan
Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, kajian kebolehpasaran graduan yang dijalankan menunjukkan hasil yang membanggakan. Sebanyak 73% graduan PERDA-TECH berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang yang mereka ceburi. Selain itu, 18% lagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, manakala sekitar 9% bekerja di luar bidang pengajian mereka.
Ini membuktikan bahawa pendidikan kemahiran yang ditawarkan oleh PERDA-TECH sangat relevan dengan keperluan industri dan memberi peluang besar kepada graduannya untuk memasuki pasaran pekerjaan dengan kemahiran yang diiktiraf. PERDA-TECH terus menjadi pilihan utama bagi belia yang ingin mengasah kemahiran teknikal dan profesional mereka, serta membuka peluang kerjaya yang lebih luas.
Kemudahan yang Disediakan di PERDA-TECH
Bagi memudahkan proses pembelajaran, PERDATECH menyediakan beberapa kemudahan menarik kepada pelajarnya, antaranya:
- Yuran pengajian percuma (ditanggung oleh Kerajaan).
- Elaun sara diri RM250 sebulan (selama tempoh pengajian, kecuali untuk program Diploma).
- Penginapan dan pakaian kursus disediakan (kecuali untuk program Diploma).
- Insurans berkelompok untuk pelajar.
Program Pengajian Ditawarkan
PERDATECH menawarkan pelbagai program latihan kemahiran di peringkat Sijil Kemahiran Khas (SAKTI), antaranya:
- Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam
- Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif)
- Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju
- Sijil Kemahiran Khas Elektrik
- Sijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer
Syarat Kemasukan
Bagi yang berminat untuk memohon kemasukan ke PERDATECH, berikut adalah syarat am yang perlu dipenuhi:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 hingga 30 tahun.
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah rabun warna.
- Belum berkahwin.
- Boleh membaca, menulis, dan mengira.
- Berminat dalam bidang kemahiran.
- Tempoh pengajian adalah 5 bulan bagi program Sijil Kemahiran Khas.
- Peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya (tertakluk kepada terma dan syarat).
- Pelajar akan diberikan set tool box untuk kemudahan pembelajaran (tertakluk kepada syarat).
Kaedah Permohonan
Permohonan untuk kemasukan ke PERDATECH bagi sesi Januari 2025 boleh dibuat secara online sebelum 29 Disember 2024. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
- Layari laman web rasmi permohonan PERDA-TECH
- Klik pada ‘Pendaftaran Baru’.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Simpan’.
- Masukkan kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan permohonan dan klik ‘Hantar’.
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, calon boleh menghubungi pihak PERDATECH di talian 04-599 1100.
Jangan lepaskan peluang ini untuk melanjutkan pengajian di PERDA-TECH dan mendapatkan kemahiran yang berkualiti untuk kerjaya masa depan anda!
Artikel Lain
Semakan Permohonan Kemasukan TVET MARA: KKTM, MJII & IKM