Semakan Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2025/2026

Apa Itu PKSK?

Bagi pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2025/2026, permohonan dibuka mulai 1 Ogos 2024. Proses permohonan ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang melibatkan penilaian berpusat secara dalam talian.

PKSK adalah kaedah pentaksiran yang digunakan untuk kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Khusus. Kaedah ini dilaksanakan secara dalam talian melalui single entry point, di mana semua permohonan dilakukan melalui satu platform berpusat yang menyambungkan aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM.

Jenis Sekolah Khusus

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan lima jenis sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Khusus, iaitu:

  1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  4. Kolej Vokasional (KV)
  5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kurikulum STEM di SBP memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21, seperti pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif, serta penyelesaian masalah. Kurikulum ini juga mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran global.

Mata Pelajaran yang Ditawarkan di SBP STEM:

Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani dan KesihatanBahasa Cina Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Korea (tertakluk pada SBP)
Bahasa InggerisGeografi
MatematikAsas Sains Komputer / Reka Bentuk Teknologi
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

2. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) – Agama

SBP Agama memberikan penekanan kepada pendidikan agama dan pemantapan iman, selain kemahiran abad ke-21. Kurikulum ini juga bertujuan membentuk disiplin diri yang terpuji dan melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran logik dan matang.

Mata Pelajaran yang Ditawarkan di SBP Agama:

Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani dan KesihatanBahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis (tertakluk pada SBP)
Bahasa InggerisGeografi
MatematikAsas Sains Komputer / Reka Bentuk Teknologi
SainsPendidikan Seni Visual / Pendidikan Muzik
Sejarah
Pendidikan Islam

3. Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

TMUA di SBP bertujuan untuk melahirkan golongan profesional dan usahawan yang mengamalkan ajaran Islam dan menguasai pelbagai kemahiran ilmu. Kurikulum ini menggabungkan pembelajaran berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan kemahiran berfikir aras tinggi, kreatif, dan inovatif.

Mata Pelajaran yang Ditawarkan di TMUA:

Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
Bahasa MelayuHifz Al-QuranBahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis (tertakluk pada SBP)
Bahasa InggerisMaharat Al-Quran
MatematikPendidikan Jasmani dan Kesihatan
SainsAsas Sains Komputer / Reka Bentuk Teknologi
SejarahPendidikan Seni
Pendidikan Islam

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Aliran Agama

SMKA merupakan sekolah yang menggabungkan kurikulum kebangsaan dengan pendidikan agama, yang bertujuan menyediakan pelajar dengan asas pendidikan Islam yang kukuh serta mempersiapkan mereka untuk bersaing di dunia global.

Mata Pelajaran yang Ditawarkan di SMKA (Aliran Agama):

Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
Bahasa MelayuPendidikan Jasmani dan KesihatanBahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis (tertakluk pada SMKA)
Bahasa InggerisGeografi
MatematikAsas Sains Komputer / Reka Bentuk Teknologi
SainsPendidikan Seni Visual / Pendidikan Muzik
Sejarah
Pendidikan Islam

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Program TMUA di SMKA bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi, dan pendidikan agama yang menyeluruh. Program ini menggabungkan kurikulum kebangsaan dengan pendekatan Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik.

Mata Pelajaran yang Ditawarkan di SMKA (TMUA):

Mata Pelajaran TerasMata Pelajaran WajibMata Pelajaran Tambahan
Bahasa MelayuHifz Al-QuranBahasa Cina Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis (tertakluk pada SMKA)
Bahasa InggerisMaharat Al-Quran
MatematikPendidikan Jasmani dan Kesihatan
SainsAsas Sains Komputer / Reka Bentuk Teknologi
SejarahPendidikan Seni
Pendidikan Islam

6.Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan pendidikan di aliran teknikal untuk pelajar yang berminat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Aliran ini memberikan peluang kepada pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan teknikal.

Kurikulum dan Bidang Pengajian di SMT

Di SMT, pelajar mengikuti kurikulum yang berfokus kepada bidang teknikal, dengan tempoh pengajian selama dua tahun, iaitu di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Berikut adalah bidang pengajian yang ditawarkan:

Bidang PengajianDeskripsi
Kejuruteraan AwamMempelajari prinsip asas dalam pembinaan dan infrastruktur.
Kejuruteraan Elektrik dan ElektronikMenumpukan kepada reka bentuk dan aplikasi sistem elektrik serta elektronik.
Kejuruteraan MekanikalFokus kepada mesin, peralatan, dan sistem mekanikal.
PerdaganganBidang yang melibatkan asas perniagaan dan pengurusan.
PertanianMempelajari asas pertanian moden dan teknologi pertanian.

Ciri-ciri Sekolah Menengah Teknik (SMT):

Ciri-ciriKeterangan
Bidang PengajianHanya menawarkan kursus dalam bidang teknikal.
Sistem PembelajaranMengikuti sistem pembelajaran yang sama seperti sekolah biasa.
Tempoh Pengajian2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).
PeperiksaanPelajar menduduki SPM di akhir pengajian.
Peluang Lanjutan PengajianPelajar boleh melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS dalam bidang teknikal.

7.Kolej Vokasional (KV)

Tahap Pengajian di Kolej Vokasional

Kolej Vokasional menawarkan dua peringkat pengajian:

  1. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  2. Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Pelajar yang tamat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan berminat untuk mengikuti aliran vokasional berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat SVM, sebelum meneruskan pengajian ke DVM jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Kurikulum dan Pembelajaran di KV

Kolej Vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang memberi tumpuan kepada pembelajaran praktikal (hands-on) berbanding teori. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam dunia pekerjaan sebenar, membolehkan mereka lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja.

Terdapat 87 buah Kolej Vokasional di seluruh negara yang menawarkan pelbagai program vokasional di peringkat SVM dan DVM.

Bidang Pengajian yang Ditawarkan di Kolej Vokasional

Kolej Vokasional menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional. Berikut adalah beberapa bidang pengajian yang boleh diikuti:

Bidang PengajianDeskripsi
Teknologi Elektrik dan ElektronikPengajian dalam reka bentuk dan aplikasi sistem elektrik dan elektronik.
HospitalitiPengurusan dan operasi dalam industri perhotelan.
Teknologi AwamPembinaan dan kejuruteraan dalam bidang infrastruktur.
Teknologi Mekanikal dan PembuatanKejuruteraan mekanikal dan proses pembuatan.
PerniagaanAsas perniagaan, pengurusan dan ekonomi.
Teknologi MaklumatSistem komputer dan aplikasi teknologi maklumat.
Seni RekaRekabentuk seni dan visual.
Perkhidmatan MasyarakatKursus yang melibatkan perkhidmatan sosial dan komuniti.
PertanianPengurusan pertanian moden dan teknologi pertanian.
Pembuatan dan PemprosesanTeknologi dalam bidang pembuatan dan pemprosesan produk.

Ciri-Ciri Kolej Vokasional

Ciri-CiriKeterangan
Tempoh Pengajian4 tahun (8 semester)
Sistem PembelajaranMenggunakan sistem semester
KelulusanTamat pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
Tiada Keperluan SPMPelajar tidak perlu menduduki SPM, tetapi berpeluang untuk bekerja sebaik tamat pengajian
Peluang KerjayaGraduan berpeluang bekerja dalam industri atau menjadi usahawan dalam bidang yang dipelajari.

8.Maktab Tentera DiRaja (MTD)

Maktab Tentera DiRaja (MTD), atau lebih dikenali sebagai Royal Military College (RMC), adalah salah sebuah institusi pendidikan yang berprestij di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1952, MTD mempunyai reputasi yang kukuh dalam menghasilkan pemimpin yang berwibawa dan berdisiplin tinggi. Institusi ini bukan sahaja menekankan kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi juga dalam aspek disiplin ketenteraan serta kegiatan ko-kurikulum yang menyeluruh.

Ciri-Ciri Maktab Tentera DiRaja (MTD)

Ciri-CiriKeterangan
PenubuhanDitubuhkan pada tahun 1952 sebagai institusi pendidikan tentera di Malaysia.
Kecemerlangan AkademikMenyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dengan penekanan terhadap pencapaian akademik.
Disiplin KetenteraanPelajar MTD menjalani kehidupan berdisiplin tinggi dengan latihan ketenteraan yang teratur.
Kegiatan Ko-KurikulumMenyediakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum untuk mengembangkan kepimpinan dan kemahiran sosial.
BimbinganDiberikan oleh jurulatih berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan akademik.
ObjektifMembentuk pemimpin masa hadapan yang berkemahiran dan berdisiplin tinggi.

Kehidupan di MTD

Pelajar di MTD menjalani kehidupan yang teratur dengan penekanan kepada disiplin ketenteraan, yang bertujuan untuk mempersiapkan mereka menjadi pemimpin yang cekap dan bertanggungjawab. Dalam suasana ketenteraan yang ketat, mereka dilatih untuk menguruskan masa, berfikir secara kritis, serta menjadi individu yang berdaya saing dan bertanggungjawab.

Format Pentaksiran PKSK

PKSK melibatkan tiga bahagian utama yang merangkumi penilaian kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek, dan kemahiran penulisan:

  1. Bahagian A (Kecerdasan Insaniah)
    • Kaedah: Dalam talian
    • Jenis Item: Objektif (soalan aneka pilihan)
    • Fokus: EQ, SQ, SSQ
    • Wajaran Skor: 20%
  2. Bahagian B (Kecerdasan Intelek)
    • Kaedah: Dalam talian
    • Jenis Item: Objektif (soalan aneka pilihan)
    • Fokus: IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah
    • Wajaran Skor: 70%
  3. Bahagian C (Artikulasi Penulisan)
    • Kaedah: Bertulis (bersemuka)
    • Jenis Item: Subjektif (penulisan esei)
    • Fokus: Penulisan berdasarkan tajuk yang ditetapkan
    • Wajaran Skor: 10%

Pelaksanaan PKSK

PKSK dijalankan dalam tiga sesi, dan setiap sesi terbagi kepada dua fasa pelaksanaan:

  • Fasa 1:
    • Calon dikehendaki menulis esei berdasarkan tajuk yang ditetapkan.
    • Pelajar Tingkatan 1 perlu menulis sekurang-kurangnya 100 patah perkataan, manakala pelajar Tingkatan 4 perlu menulis sekurang-kurangnya 250 patah perkataan dalam masa 45 minit.
  • Fasa 2:
    • Calon akan menjawab soalan Bahagian A dan B dalam talian selama 90 minit.

Setiap calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK yang ditetapkan mengikut tarikh, tempat, dan masa yang diberikan.

Syarat Permohonan Sekolah Khusus

Untuk melayakkan pelajar memohon kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2025/2026, berikut adalah syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mesti telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
  3. Untuk kemasukan Tingkatan 1 (2025), calon mestilah:
    • Berumur 12 tahun (lahir antara 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013).
  4. Untuk kemasukan Tingkatan 4 (2025), calon mestilah:
    • Berumur 15 tahun (lahir antara 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010).

Cara Permohonan Sekolah Khusus

Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2025/2026 boleh melakukannya melalui pautan di bawah:

Semakan Permohonan Sekolah Khusus

Garis Masa PKSK 2025/2026

Garis masa lengkap untuk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus 2025/2026 akan diumumkan oleh KPM. Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tarikh dan proses permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan Sekolah Khusus

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kemasukan ke Sekolah Khusus sesi 2025/2026, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.

Dengan sistem permohonan yang lebih teratur dan berpusat ini, diharapkan ia dapat memudahkan pelajar dan ibu bapa dalam proses kemasukan ke Sekolah Khusus.

Artikel Lain

Permohonan Sekolah Sukan Negeri Selangor 2025

Kongsi artikel kami ini ke :