PSRA 2024: Semakan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama

Apa itu PSRA?

Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan bagi pelajar Darjah 6 di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi di Selangor. Ujian ini bertujuan untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang berkaitan agama Islam.

Bidang yang Dinilai dalam PSRA

Sukatan pelajaran PSRA merangkumi pelbagai bidang yang penting dalam pembelajaran agama Islam, bermula dari Darjah 4 hingga 6. Berikut adalah bidang yang diuji dalam peperiksaan :

  1. Al-Quran dan Hafazan
  2. Akhlak dan Sirah
  3. Tajwid
  4. Tauhid dan Fiqh
  5. Bahasa Arab
  6. Jawi dan Khat

Markah bagi setiap subjek diberikan berdasarkan tahap pencapaian, yang dikategorikan seperti berikut:

  • Mumtaz (Cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (Sangat Baik)
  • Jayyid (Baik)
  • Maqbul (Lulus)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan)

Tarikh Peperiksaan PSRA 2024

Peperiksaan bagi tahun 2024 dijadualkan bermula pada 21 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024. Berikut adalah jadual lengkap peperiksaan:

  • 21 Oktober (Isnin): Akhlak & Sirah
  • 22 Oktober (Selasa): Lughatul Al Arabiah
  • 23 Oktober (Rabu): Tauhid & Fiqh
  • 24 Oktober (Khamis): Tajwid
  • 25 Oktober (Jumaat): Jawi Imlak Khat

Kepentingan Lulus Cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama

Pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Mumtaz) dalam PSRA berpeluang menyambung pengajian mereka ke institusi pendidikan agama yang lebih tinggi, seperti:

  • Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
  • Sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor

Selain itu, keputusan yang baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama, bersama dengan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), membuka peluang lebih besar untuk mendapat tempat di sekolah menengah agama di negeri Selangor.

Pendaftaran Calon PSRA 2024

Borang permohonan untuk pendaftaran calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pautan berikut:
https://pendidikan.jais.gov.my/pendaftaran_psra

Tarikh dan Tempat Pengumuman Keputusan PSRA 2024

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama bagi tahun 2024 akan diumumkan pada 19 Disember 2024 (Khamis). Majlis pengumuman ini akan diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam. Untuk memudahkan akses, keputusan PSRA 2024 juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi JAIS di https://www.facebook.com/jaisel.official.

Cara Semakan Keputusan PSRA 2024 Secara Online

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama 2024 boleh disemak secara dalam talian melalui pautan berikut:
https://result.jais.gov.my (Pautan akan dikemaskini mengikut tarikh rasmi)

Langkah-langkah untuk menyemak keputusan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://result.jais.gov.my.
  2. Masukkan butiran Kad Pengenalan.
  3. Klik ‘Semak’.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai PSRA, anda boleh menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui:

Alamat:
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 03-5514 3400 samb. 2037/2050 (Kaunter)
Faks: 03-5512 3035/5510 5053
Emel:[email protected]

Artikel Lain

Cuti Umum Selangor 2025:Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Kongsi artikel kami ini ke :