Pengenalan Dana SejaTi MADANI
SejaTi MADANI adalah salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan di bawah program Kerajaan MADANI, bertujuan untuk merancakkan ekonomi di peringkat komuniti. Program ini menyediakan bantuan dana sehingga RM100,000 untuk aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan komuniti melalui projek-projek sosioekonomi yang bersifat mampan dan memberikan kesan dalam masa yang singkat.
Program SejaTi MADANI adalah peluang untuk komuniti setempat mengembangkan inisiatif yang dapat memberi manfaat jangka panjang, seperti dalam sektor pertanian, kraf, kesihatan, pelancongan, dan aktiviti hijau.
Berikut adalah panduan lengkap untuk permohonan bantuan Dana SejaTi MADANI 2024.
Golongan Sasaran Program SejaTi MADANI
Program ini ditujukan kepada komuniti yang memenuhi kriteria berikut:
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
- Komuniti Rumah Panjang
- Komuniti Orang Asli
- Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah, Pejabat Residen, atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
- Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Nota: Hanya satu permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.
Tempoh Permohonan Dana SejaTi MADANI 2024
Permohonan untuk program ini dibuka bermula 25 Mac 2024 dan akan berakhir pada 30 September 2024. Oleh itu, komuniti yang berminat untuk memohon harus membuat permohonan dalam tempoh tersebut.
Syarat Permohonan Dana SejaTi MADANI
Permohonan yang diterima mestilah memenuhi beberapa syarat utama, antaranya:
- Aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi komuniti dalam tempoh antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.
- Aktiviti yang dicadangkan harus berkaitan dengan salah satu daripada lima sektor utama, iaitu:
- Pertanian dan Makanan
- Jahitan dan Kraf Tangan
- Herba dan Kesihatan
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Aktiviti Hijau dan Kitar Semula
Aktiviti yang diterima perlu mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang cepat dan boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.
Contoh Aktiviti dalam Sektor-sektor Utama:
- Pertanian dan Makanan: Penanaman cili fertigasi, pembuatan baja organik, penternakan ayam pedaging, dan produk makanan tradisional.
- Jahitan dan Kraf Tangan: Penghasilan produk batik, tembikar tradisional, serta produk anyaman dan sulaman.
- Herba dan Kesihatan: Penanaman herba, perkhidmatan urutan tradisional, dan pembuatan sabun herba.
- Pelancongan dan Hospitaliti: Penginapan Homestay, pembangunan produk pelancongan mesra muslim, serta projek arca dasar laut.
- Aktiviti Hijau dan Kitar Semula: Projek upcycling, penghasilan produk kitar semula, serta perabot dari bahan kitar semula.
Kategori Permohonan
Bantuan Dana SejaTi MADANI dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan tahap perkembangan program atau produk yang dipohon:
- Rintis: Program atau produk yang baru diwujudkan (kurang dari setahun).
- Peningkatan: Program atau produk yang telah wujud antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.
- Pengembangan: Program atau produk yang sudah beroperasi lebih daripada tiga (3) tahun.
Cara Memohon Dana SejaTi MADANI 2024
Permohonan untuk mendapatkan bantuan ini boleh dibuat melalui dua cara:
- Secara Dalam Talian:
- Layari sistem MySejaTi MADANI di pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/home.
- Isi borang permohonan dalam talian yang disediakan di portal tersebut.
- Secara Manual:
- Untuk komuniti yang tidak mempunyai akses internet, permohonan manual boleh dibuat dengan mengunjungi:
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
- Pejabat Daerah
- Pejabat Residen
- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
- Untuk komuniti yang tidak mempunyai akses internet, permohonan manual boleh dibuat dengan mengunjungi:
Proses Selepas Permohonan
Setelah permohonan dihantar, Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan menilai dan membuat keputusan. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel yang didaftarkan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Akujanji (SAJ).
Pemohon yang berjaya perlu menghantar Surat Setuju Terima dan Surat Akujanji secara fizikal ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh 7 hari selepas menerima keputusan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lebih lanjut atau jika memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi:
Sekretariat SejaTi MADANI
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel: 03-8872 3888 / 6430 / 6406 / 6401
E-mel:[email protected]
Untuk soalan lazim, anda boleh rujuk laman sesawang https://sejatimadani.icu.gov.my/soalan.
Artikel Lain
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) 2025 Permohonan Pendaftaran