Pengenalan Sekolah JAIS
Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini membuka peluang kepada pelajar yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun 2025 untuk memohon kemasukan ke sekolah-sekolah yang berada di bawah seliaan JAIS. Sekolah-sekolah tersebut termasuk Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT), Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), dan Sekolah Agama Menengah Muhammadiah (SAMMPS).
Mengenali Bahagian Pendidikan Islam JAIS
Bahagian Pendidikan Islam JAIS bertanggungjawab mengurus dan mengawal pendidikan Islam di negeri Selangor berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Sejak penubuhannya, bahagian ini telah melalui beberapa perubahan nama dan struktur, di mana kini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah.
Senarai Sekolah Di Bawah JAIS
Berikut adalah senarai sekolah yang terletak di bawah pengurusan JAIS:
Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT)
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang
- Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Klang
- Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Banting
- Dan banyak lagi
Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST)
- Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)
- MITS Klang
- MITS Bagan Terap
- MITS Bagan Lalang
- Dan lain-lain
Sekolah Agama Menengah Muhammadiah (SAMMPS)
- Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Pekan Sabak
Tarikh Permohonan Sekolah JAIS
Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dibuka mulai 1 November 2024 hingga 27 Disember 2024.
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon:
- Pemohon, ibu bapa, dan penjaga mestilah warganegara Malaysia.
- Umur pemohon mestilah 12 atau 13 tahun.
- Mesti lulus dalam beberapa peperiksaan seperti:
- Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)
- Ujian Tilawah dan Hafazan
- Penilaian PAFA
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kurikulum Kebangsaan
- Pemohon perlu berasal dari Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor atau Sekolah Rendah Islam Persendirian yang berdaftar.
- Permohonan harus dilakukan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon yang lulus PSRA dan PBS dengan sekurang-kurangnya tahap yang ditetapkan akan dipertimbangkan.
Cara Memohon Sekolah JAIS
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi JAIS di esekolah.jais.gov.my.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan ini, anda boleh melayari laman web JAIS atau menghubungi mereka di:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Bahagian Pendidikan Islam,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam, Selangor.
Artikel Lain
Tarikh Jumlah Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025