Senarai Pelepasan Cukai 2024 untuk e-Filing 2025

Pengenalan

Menjelang musim e-Filing 2025, rakyat Malaysia perlu lebih bersedia dengan maklumat terkini berkenaan pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2024. Pelepasan cukai merupakan faktor penting yang boleh mengurangkan jumlah cukai pendapatan individu, sekaligus memberi peluang untuk mengurangkan beban kewangan. Setiap tahun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengemaskini senarai pelepasan cukai yang boleh dituntut, dengan beberapa pelepasan yang baru diperkenalkan atau had pelepasan yang dinaikkan. Oleh itu, memahami senarai pelepasan cukai ini akan membantu pembayar cukai mengurus kewangan dengan lebih baik dan memastikan tiada tuntutan yang terlepas pandang.

Artikel ini akan memberi panduan lengkap berkenaan pelepasan cukai 2024 yang boleh dituntut pada tahun 2025. Pembaca akan memperoleh pemahaman mendalam mengenai kategori pelepasan yang merangkumi perbelanjaan pendidikan, perubatan, gaya hidup, serta pelbagai insentif lain yang ditawarkan oleh kerajaan. Maklumat ini penting bagi mereka yang ingin memaksimumkan tuntutan cukai dan memanfaatkan sepenuhnya pelepasan yang tersedia.

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap individu berdasarkan pendapatan yang diperoleh atau diterima di Malaysia. Jika pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan, individu tersebut perlu mendaftar untuk fail cukai pendapatan.Apakah senarai Pelepasan Cukai untuk buat e-Filing?

  • Individu Pemastautin: Kadar cukai berskala dan layak menuntut potongan.
  • Individu Bukan Pemastautin: Kadar tetap 30% dan tidak layak untuk potongan.

Pendapatan luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan dari cukai.

Senarai Pelepasan Cukai 2023

Berikut adalah senarai pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh pembayar cukai untuk Tahun Taksiran 2023:

BilJenis PotonganAmaun (RM)
1Individu dan saudara tanggungan9,000
2Perbelanjaan rawatan perubatan untuk ibu bapa8,000 (Terhad)
3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya6,000 (Terhad)
4Individu kurang upaya6,000
5Yuran pengajian (Sendiri)7,000 (Terhad)
6Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius8,000 (Terhad)
7Perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan penuh1,000 (Terhad)
8Gaya hidup (perbelanjaan bagi buku, komputer, dan lain-lain)2,500 (Terhad)
9aGaya hidup tambahan (peralatan sukan)500 (Terhad)
9bPembelian komputer peribadi2,500 (Terhad)
10Peralatan penyusuan ibu1,000 (Terhad)
11Yuran taman asuhan kanak-kanak3,000 (Terhad)
12Tabungan SSPN8,000 (Terhad)
13Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
14Suami/Isteri kurang upaya5,000
15aAnak di bawah 18 tahun2,000
15bAnak 18 tahun ke atas (sepenuh masa)8,000
16Insuran nyawa dan KWSP7,000 (Terhad)
17Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh3,000 (Terhad)
18Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)
19Caruman kepada PERKESO350 (Terhad)
20Perbelanjaan pelancongan domestik1,000 (Terhad)
21Perbelanjaan untuk penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik2,500 (Terhad)

Apa yang Perlu Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai

Setiap individu yang dikenakan cukai wajib melaporkan semua pendapatan kepada LHDN. Tanggungjawab anda termasuk:

  • Mendaftar untuk Nombor Cukai Pendapatan dan mengemaskini maklumat.
  • Melaporkan Pendapatan Tahunan.
  • Membayar Cukai Pendapatan.

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal MyTax.

Nota Pendaftaran

  • Untuk pendaftaran dalam talian, akses melalui aplikasi e-Daftar di MyTax.
  • Dokumen sokongan yang diperlukan termasuk pasport (bagi bukan warganegara) dan Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi yang menjalankan perniagaan).

Maklumat Lanjut Tentang Senarai Pelepasan Cukai 2024/2025

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Laman Web LHDN atau hubungi:

  • Hasil Care Line: 03-8911 1000
  • Dari Luar Negara: 603-8911 1100

Bagi pertanyaan spesifik:

  • Penggajian: 03-8911 1200
  • Perniagaan: 03-8911 1300
  • e-Filing: 03-8911 1400

Jika ada masalah, anda juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDN terdekat untuk bantuan.

Artikel Lain

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2025

Kongsi artikel kami ini ke :