Apa itu Skim Air Darul Ehsan (SADE)?
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2024, bertujuan untuk memberikan air percuma setiap bulan kepada golongan berpendapatan rendah di negeri ini. Melalui program ini, lebih daripada sejuta rakyat Selangor, atau 285,673 akaun penerima, dapat menikmati manfaat bil air percuma, dengan jumlah peningkatan kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.
Dalam usaha untuk meringankan beban rakyat akibat peningkatan kos sara hidup dan inflasi, kerajaan Selangor telah menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah untuk program ini kepada RM5,000, berbanding RM4,000 sebelum ini. Ini bermakna lebih banyak golongan rakyat yang kini berpeluang untuk menerima bantuan ini.
Tujuan SADE
Tujuan utama pengenalan SADE adalah untuk:
- Meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
- Menyokong usaha penstrukturan semula industri air di Selangor secara bersepadu untuk memastikan perkhidmatan air yang lebih berkesan dan tarif yang lebih rendah.
Syarat Kelayakan
Untuk memohon Skim Air Darul Ehsan, pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara bagi pasangan yang berkahwin atau individu bujang).
- Premis kediaman harus mempunyai meter individu.
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Nota Penting: Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma secara automatik hingga 31 Disember 2024, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC dan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Permohonan SADE boleh dilakukan dengan beberapa cara mudah:
- Secara dalam talian melalui laman web rasmi di SSIPR Portal.
- Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui laman web www.airselangor.com atau kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Borang yang lengkap boleh dihantar melalui email ke [email protected] atau dihantar ke mana-mana kaunter perkhidmatan yang berdekatan.
Rayuan Permohonan
Jika permohonan anda gagal, anda boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui portal SSIPR dengan mengemas kini maklumat terkini dan menghantar semula permohonan. Anda juga boleh memuat turun borang rayuan dan menghantar dokumen yang lengkap melalui email atau kaunter perkhidmatan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai SADE atau untuk membuat permohonan, sila lawati laman web rasmi Air Selangor di www.airselangor.com atau baca Soalan Lazim (FAQ) di link ini.
Dengan adanya Skim Air Darul Ehsan, kerajaan Selangor berusaha untuk mengurangkan beban kewangan rakyat dan memastikan kemudahan bekalan air yang lebih berpatutan bagi semua penduduk.
Artikel Lain
Iltizam Selangor Sihat 2025: Permohonan Semak Status Syarat