Pengenalan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri, memiliki rumah pertama. Dengan adanya SJKP, individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja gig, pengusaha kecil, atau petani, kini boleh memohon pembiayaan perumahan melalui bank yang mengambil bahagian dalam skim ini.
Pada Belanjawan 2025, Jaminan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) akan dinaikkan sehingga RM10 bilion, membuka peluang kepada 20,000 pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan, khususnya bagi mereka yang menghadapi cabaran mendapatkan pinjaman perumahan.
Jenis-jenis Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- Skim SJKP
- Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan gadai janji
- Had Pembiayaan: Sehingga RM500,000 (termasuk pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan penilaian)
- Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 tahun atau tempoh yang lebih awal (pinjaman dua generasi dibenarkan)
- Jaminan Pembiayaan: Pembiayaan melebihi 100% daripada jumlah pembiayaan termasuk yuran guaman dan penilaian
- Kadar Faedah/Keuntungan: Bergantung kepada institusi kewangan yang terlibat
- Skim SJKP – MADANI
- Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan gadai janji
- Had Pembiayaan: Sehingga RM360,000 (termasuk 100% harga rumah, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
- Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau tempoh pembiayaan (mana yang lebih awal)
- Jaminan Pembiayaan: Pembiayaan sehingga 120% harga rumah, dengan 100% harga rumah dan 20% untuk kos tambahan
- Kadar Faedah/Keuntungan: Bergantung kepada institusi kewangan yang terlibat
Kriteria Kelayakan
Sesiapa yang berminat untuk memohon SJKP perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan utama:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Tidak Tetap atau Bekerja Sendiri: Skim ini memudahkan individu seperti pekerja gig dan pengusaha kecil yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
- Pendapatan Tetap: Golongan ini juga layak memohon, asalkan memenuhi kriteria lain.
- Pembelian rumah pertama yang dikategorikan sebagai rumah kos rendah, sederhana, atau mampu milik.
- Pembelian rumah yang baru, dalam pembinaan, sedia ada, atau lelongan.
- Pembayaran bulanan tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.
- Rekod CCRIS tanpa tunggakan lebih daripada 2 bulan dalam tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod negatif lain dalam tempoh 24 bulan terkini.
Dokumen Yang Diperlukan
Bagi memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan, pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
- Dokumen Pembelian Rumah: Perjanjian jual beli, borang tempahan, atau resit bayaran muka.
- Pendapatan: Penyata akaun bank (6 bulan terkini), cukai pendapatan atau penyata KWSP terkini, surat pengesahan pekerjaan.
- Dokumen Sokongan: Salinan Kad Pengenalan, surat pengesahan majikan (jika ada), lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan, atau permit teksi. Pemohon yang bekerja sendiri perlu menyediakan surat akuan atau penyata pendapatan yang disahkan oleh pihak berkuasa seperti JKKK atau Penghulu.
Tempoh Pembayaran Pembiayaan
Skim ini menawarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau sehingga usia peminjam mencapai 65 tahun, mana yang lebih awal. Walau bagaimanapun, tempoh pembayaran ini juga bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi kewangan yang terlibat.
Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan 2024
Proses permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen yang diperlukan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
- Sediakan dokumen sokongan pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, atau dokumen yang menyokong aktiviti perniagaan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan dari pihak berwajib seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Penghulu, atau wakil yang terpilih.
- Serahkan dokumen dan permohonan di mana-mana cawangan institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam skim ini.
Institusi Kewangan Yang Menyertai SJKP
Terdapat lebih 15 institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), dengan lebih 1,800 cawangan di seluruh Malaysia. Antara bank yang terlibat adalah:
- Affin Bank
- Affin Islamic Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan, anda boleh mengunjungi laman web rasmi SJKP di www.sjkp.com.my atau menghubungi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di:
Alamat:
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]
Artikel Lain
Permohonan Rumah PPR 2025 (Program Perumahan Rakyat)