STR 2025 Semakan Sumbangan Tunai Rahmah & SARA 2025

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan, terutama keluarga berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40). STR adalah kesinambungan dari program bantuan sebelum ini, termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bagi tahun 2025, kerajaan akan meningkatkan peruntukan STR kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya, memberikan manfaat kepada lebih 9 juta penerima atau sekitar 60% penduduk dewasa di negara ini.

Untuk tahun 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori isi rumah akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan. Sebanyak 700,000 penerima dalam kategori ini akan menikmati bantuan tersebut, yang akan dikreditkan ke dalam MyKAD mereka bermula April 2025. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan rumah seperti makanan dan ubat-ubatan di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit.

Selain itu, penerima STR kategori bujang akan mendapat RM600 secara sekali bayar (one-off). Dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3 bilion, kerajaan dapat meningkatkan jumlah maksimum yang boleh diterima oleh isi rumah yang layak dari RM3,700 kepada RM4,600.

Matlamat Ekonomi MADANI

Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada tiga teras utama dalam kerangka Ekonomi MADANI:

  1. Menaikkan Siling: Menstruktur semula ekonomi untuk meningkatkan daya saing Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
  2. Menaikkan Lantai: Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kesaksamaan peluang dan perlindungan sosial.
  3. Tatakelola Baik dan Reformasi Sektor Awam: Mengutamakan ketelusan dan kecekapan dalam pentadbiran kerajaan.

Kadar Bayaran STR 2025 untuk Setiap Kategori

Berita baik bagi penerima STR! Pada tahun 2025, kerajaan akan meningkatkan kadar bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Kadar maksimum bagi isi rumah akan meningkat kepada RM4,600 dari RM3,700, sementara kadar bagi kategori bujang juga akan meningkat kepada RM600. Pembayaran SARA akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.

Semakan, Permohonan Dan Kaedah Pembayaran STR 2025

Cara Semakan Status STR

Anda boleh menyemak status STR 2025 dengan mengunjungi pautan berikut:

https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Berikut adalah panduan untuk semakan :

  1. Log masuk ke MySTR.
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon.
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan.
  4. Maklumat yang akan dipaparkan termasuk nama, nombor MyKad, status permohonan, dan maklumat pembayaran.

Cara Permohonan STR 2025

Permohonan untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2025 boleh dilakukan melalui:

Kaedah Pembayaran STR

Terdapat dua kaedah pembayaran bagi penerima STR:

  1. Walk-In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara terus di cawangan BSN.
  2. Pengkreditan ke Akaun Bank: Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.

Maklumat Lanjut STR 2025

Untuk maklumat terkini mengenai STR , sila rujuk kepada:

Artikel Lain

Kesan Tidak Bayar Pinjaman Atome(Keburukan)

Kongsi artikel kami ini ke :