STR Fasa 4 Semakan Status Tarikh & Jumlah Bayaran 2024

Semakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah adalah (STR), semestinya ingin mengetahui bila tarikh bayaran dan kadar bayaran bantuan STR fasa 4 akan diterima. Melalui artikel ini kami akan kongsikan kepada anda, semoha membantu.

Apa Itu STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif bantuan sosial yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah serta mereka yang kurang berkemampuan. Program ini bertujuan untuk meringankan beban ekonomi masyarakat, terutama sekali dalam menghadapi cabaran seperti kenaikan kos sara hidup, peningkatan harga barang keperluan, dan juga bencana alam. Melalui STR, kerajaan berusaha memastikan golongan yang memerlukan mendapat bantuan kewangan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih selesa dan terjamin.

Selain itu, STR juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar. Dengan adanya bantuan ini, golongan berpendapatan rendah dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pendidikan, dan kesihatan. Program ini bukan sahaja memberi sokongan kewangan, malah turut memberikan kelegaan dari segi emosi dan psikologi kepada mereka yang terkesan oleh kesulitan hidup. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat keseluruhannya.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2024.

Kadar Bayaran STR Fasa 4

Berikut adalah merupakan kadar bayaran bagi Fasa 4 iaitu:

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah BayaranFasa 1
(Rm)
Fasa 2
(Rm)
Fasa 3
(Rm)
Fasa 4
(Rm)
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM1,000500 150 150200 
1-2RM1,500500 300 350350 
3-4RM2,000500 500 500 500
5 dan lebihRM2,500500 600 650 700
RM2500 – RM50000RM500100 100 150 150
1-2RM750150 200 200 300
3-4RM1,000250 250 250 250
5 dan lebihRM1,250300 300 300 300
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM600150 150150 150 
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM350100 10050 100 
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM350100 10050  100

Cara Pembayaran STR Fasa 4

Proses pembayaran STR ini akan dikreditkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Cara Semak Bayaran STR Fasa 4

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan STR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:

  1. Layari portal rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Cari
  4. Isikan Captcha seperti yang terpapar
  5. Tekan butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  7. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • Ada butang Maklumat STR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan STR Diterima
    • Contohnya RM1000.00
  8. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
    • Ada butang Maklumat Bayaran STR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  9. Jika anda berstatus GAGAL, anda akan melihat paparan kod tidak lulus / gagal

Soalan Lazim (FAQ) STR Fasa 4

Bila Duit STR Fasa 4 Masuk Bank?

  • Sekiranya anda sudah dapat status LULUS, Sila tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank.

Bagaimana Jika Status Lulus Tapi Gagal Kredit STR?

Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.

  • Sila baca cara dapatkan No Baucer STR untuk buat penunaian di BSN.
  • Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  • Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
  • Secara ringkasnya, status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit STR ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Punca Status Lulus Tapi Gagal Kredit STR

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon STR
  • Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai semakan status bayaran STR, anda boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM

Kongsi artikel kami ini ke :