Tol Percuma Sempena Deepavali 2024 (29 & 30 Oktober)

Tol Percuma Sempena Deepavali 2024 (29 & 30 Oktober)

Bersempena dengan sambutan Deepavali yang akan berlangsung pada 31 Oktober ini. Kerajaan telah mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari untuk kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) pada 29 dan 30 Oktober 2024.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam. Kecuali untuk plaza tol di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Juga Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) di Johor Darul Takzim. Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa inisiatif ini akan melibatkan kos berjumlah RM38 juta bersama semua syarikat konsesi yang terlibat.

Walaupun tol diberikan secara percuma, pengguna lebuh raya masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go, smartTag, atau RFID di plaza tol, tetapi tiada caj akan dikenakan sepanjang dua hari tersebut.

PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENAN DEEPAVALI 2024

Pada 29 Oktober (Selasa) dari 12.01 pagi hingga 11.59 malam, dan pada 20 0ktober 2024 (Rabu) dari 12.01 pagi hingga 11.59 malam, kenderaan persendirian KELAS 1 akan menikmati tol percuma di semua plaza tol, kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Cadangan Waktu Perjalanan

Pengguna dinasihatkan agar mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Untuk mereka yang menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad tersebut di lorong tol. Namun, tiada caj tol akan dikenakan atau ditolak dari baki kad.

Bagi pengguna RFID, pastikan anda masuk dan keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID seperti biasa, tanpa sebarang caj tol dikenakan atau ditolak dari eWallet.

Inisiatif PLUS

PLUS telah memperkenalkan Program Rintis My-TTA melalui aplikasi PLUS untuk membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan yang akan datang.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik untuk memberi panduan dan membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih teratur semasa musim perayaan.

Panduan Menikmati Tol Percuma di Lebuhraya PLUS

PLUS telah memberikan penjelasan tentang pelaksanaan pemberian tol percuma di rangkaian lebuhrayanya:

  1. Di lebuh raya dengan sistem Tol Tertutup (biasanya untuk lebuh raya antara bandar), tol percuma akan dinikmati semasa pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Untuk merekodkan data trafik, pengguna kad Touch ‘n Go perlu menyentuh kad mereka di lorong tol, tetapi tiada bayaran akan dikenakan atau ditolak daripada kad tersebut.
  3. Pengguna RFID juga mesti memastikan mereka menggunakan lorong RFID semasa masuk dan keluar dari lebuh raya. Sama seperti kad Touch ‘n Go, tiada caj tol akan dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, disarankan untuk memeriksa status kad mereka sebelum perjalanan di laman web Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi mengelakkan masalah di lorong tol.
  5. Pengguna boleh menukar kad lama yang tidak aktif dengan kad baru melalui Touch ‘n Go atau wakil sah mereka.

Sumber: PLUS Malaysia

Artikel Lain

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) 2025 Permohonan Pendaftaran

Kongsi artikel kami ini ke :